SOALAN LAZIM BERKAITAN PENDIDIKAN SWASTA
Syarat-syarat wajib bagi permohonan penubuhan IPS adalah seperti berikut:
a) Pemohon perlu pergi ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem automasi.
b) IPS hendaklah dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.
c) Syarikat/Organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.
d) Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan penubuhan.
Berikut adalah syarat wajib yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah IPS dibenarkan pendaftarannya:
a) Mengemukakan borang kelulusan penubuhan dari Jabatan Pendidikan Negeri.
b) Premis pendidikan yang hendak digunakan hendaklah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
c) Mengemukakakan nama-nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
d) Memenuhi kelulusan kursus/mata pelajaran bilik darjah, bilik khas/makmal lain yang ditetapkan.
e) Membayar yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan.