Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

UNESCO International Literacy Prizes 2024

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN MENGENAI UNESCO INTERNATIONAL LITERACY PRIZES 2024

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima pelawaan pencalonan bagi UNESCO International Literacy Prizes 2024 dengan tema "Promoting multilingual education: Literacy for mutual understanding and peace" yang dibiayai oleh Kerajaan Republik Korea dan China. Anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan signifikan dan inovasi individu, governments dan non-governmental organisations (NGOs) dalam mempromosikan literasi. Seramai 3 orang pemenang UNESCO King Sejong Prize akan menerima US$20,000 (setiap seorang) manakala 3 orang pemenang UNESCO Confucius Prize for Literacy akan menerima US$30,000 (setiap seorang).

 

3.   Sehubungan itu, warga KPM yang berminat boleh mengemukakan borang permohonan berserta written recommendation ke alamat e-mel skum.bha@moe.gov.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 10 Julai 2024 (Rabu) untuk tindakan selanjutnya. Maklumat lanjut mengenai hadiah ini boleh dilayari di pautan https://www.unesco.org/en/prizes/literacy .

 

4.       Borang permohonan, risalah dan statutes hadiah adalah seperti di Lampiran A ,  Lampiran B dan Lampiran C. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi pihak SKUM melalui alamat emel skum.bha@moe.gov.my  atau talian telefon 03-88846159.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 1235