YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI PERTANDINGAN “ICESCO YOUNG ANCHOR”
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai pertandingan ICESCO Young Anchor kepada semua negara anggota ICESCO. Pertandingan ini menyasarkan kanak-kanak dari negara anggota ICESCO bukan penutur Bahasa Arab bagi menggalakkan mereka mengamal dan menguasai Bahasa Arab serta bertutur Bahasa Arab klasik di platform dan stesen radio antarabangsa. Pertandingan ini juga menawarkan peluang keemasan untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan kebolehan linguistik serta ekspresif di kalangan kanak-kanak bukan penutur Bahasa Arab.
3. Objektif utama pertandingan ini adalah menggalakkan kanak-kanak bukan penutur Bahasa Arab yang berumur 12 tahun dan ke-bawah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab klasik, berintegrasi ke dalam dunia media dan penyiaran bagi mencerminkan kepelbagaian budaya dan pengalaman peribadi, meningkatkan minat keyakinan diri dan kemahiran pengucapan awam serta kaedah menarik penonton. Bidang penyertaan bagi pentandingan ini adalah dalam bentuk berita kebangsaan, berita sukan, ramalan cuaca dan laporan berita. Nilai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah seperti berikut:
a) Hadiah tempat pertama: USD4,000;
b) Hadiah tempat kedua: USD2,000; dan
c) Hadiah tempat ketiga: USD1,000.
Semua pemenang juga akan menerima tropi dan sijil penyertaan.
3. Syarat-syarat pertandingan ini termasuk objektif, bidang penyertaan, kriteria penilaian dan pemilihan pemenang, nilai hadiah dan tarikh-tarikh penting boleh dirujuk melalui dokumen seperti di Lampiran. Sehubungan itu, murid – murid Malaysia yang berminat boleh menyertai pertandingan ini dengan mengemukakan rakaman video tidak melebihi tiga (3) minit melalui pentadbir sekolah kepada pihak ICESCO melalui alamat emel daaiac@icesco.org sebelum atau pada 30 Oktober 2024 (Rabu). Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak penganjur melalui alamat emel yang sama seperti di atas.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 1955