Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan

“The Government is set to begin the transformation process in strengthening the effciency of its delivery system”
“The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”
“Our real work will begin as we make the transformation of government services happen” 

 

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

SUB-NKRA Prasekolah

  • 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan :
    • Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Pra sekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    • Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
    • Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
    • Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
    • Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
    • Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah
    • Mewujudkan Sistem Maklumat Pra sekolah Kebangsaan

SUB-NKRA Literasi dan Numerasi

  • NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  • Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

SUB-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

  • Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
    • Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
  • Menghasilkan pelajar yang cemerlang
    • Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
  • Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
    • Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah tersebut

SUB-NKRA Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah

Dokumen Yang Boleh Di Muat Turun :
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan
Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan 2010

 

Hits : 118726