Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan AKP Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Di KPM Julai Hingga Disember Tahun 2024

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2024

___________________________________________________________________

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

 

BIL.

TARIKH

TEMPOH

KETERANGAN

1.

01 Jun 2024

(Sabtu)

 

hingga

 

14 Jun 2024

(Jumaat)

 

14 hari

  • TEMPOH PERMOHONAN CALON DIBUKA
  • TARIKH TUTUP PADA 14 JUN 2024 (SEBELUM JAM 11.59 MALAM)

 

PERINGATAN!

  1. Sebarang pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan TIDAK DIBENARKAN SELEPAS TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON (DI JPN/ BAHAGIAN/ IAB/ IPG KAMPUS/ KOLEJ MATRIKULASI); dan

 

  1. CALON BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA untuk menyemak dan mengesahkan maklumat/ dokumen perkhidmatan yang dimuat naik dan dikemas kini oleh Ketua Jabatan di Sistem ePangkat/ eOperasi/ HRMIS bagi permohonan masing-masing. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON

2.

15 Jun 2024

(Sabtu)

 

hingga

 

28 Jun 2024

(Jumaat)

 

14 hari

  • TEMPOH PERAKUAN KETUA JABATAN(Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/ BAHAGIAN
  • TARIKH TUTUP PADA 28 JUN 2024 (SEBELUM JAM 11.59 MALAM)

 

PERINGATAN!

  1. TIADA sebarang pengemaskinian maklumat [termasuk BPK] dan perakuan dibenarkan SELEPAS TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON (Di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi); dan

 

  1. Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA terhadap maklumat yang telah dimuat naik.

3.

29 Jun 2024

(Sabtu)

 

hingga

 

28 Julai 2024

(Ahad)

30 hari

  • TEMPOH PERAKUAN  PENYEMAK/ PENGESAH DI JPN/ BAHAGIAN/ IAB/ IPGM KEPADA BPSM, KPM
  • TARIKH TUTUP PADA 28 JULAI 2024 (SEBELUM JAM 11.59 MALAM)

 

PERINGATAN!

  1. sebarang perakuan dibenarkan SELEPAS TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.

Urusan ini terbuka kepada:

 

  1. PPP Gred DG41/DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2024;
  2. PPP DG44 ke Gred DG48 yang belum mengguna pakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 sahaja bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2024;dan
  3. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER 2024.

3.         Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.

  1. Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP dan AKP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti di dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.

 

CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING.

Hits : 4239