Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan AKP Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Di KPM Januari Hingga Jun Tahun 2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:
 
TBBK 1
TBBK 2
Urusan ini terbuka kepada:
 
(a)       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2024;
 
  • PPP Gred DG41/DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2024;
  • PPP DG44 ke Gred DG48 yang belum mengguna pakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 sahaja bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2024;dan
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2024.
3.         Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.
 
4.         Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP dan AKP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti di dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.
 
 CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING.
 

Hits : 39012