Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

UNESCO Youth Eyes On The Silk Roads

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN MENGENAI UNESCO YOUTH EYES ON THE SILK ROADS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan mengenai UNESCO Youth Eyes on the Silk Roads dengan tema "Reveal the Silk Roads through Life Celebrations". Pertandingan ini adalah terbuka kepada 2 kategori umur iaitu pelajar berumur 14 hingga 17 tahun dan 18 hingga 25 tahun

 

3.    Sehubungan itu, pemohon yang berminat adalah dikehendaki untuk mendaftar akaun melalui pautan https://unescosilkroadphotocontest.org/en/participate sebelum memuat naik gambar (maksima 20 gambar dengan resolusi 1500 pixel bagi landscape atau portrait beserta kapsyen) bagi pertandingan tersebut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Julai 2024 (Ahad)

 

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan tema pertandingan ini boleh dirujuk melalui pautan https://unescosilkroadphotocontest.org.

 

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, pemohon yang berminat boleh menghubungi pihak SKUM melalui alamat emel skum.bha@moe.gov.my atau talian telefon 03-8884 6159.

 

Sekian, terima kasih.

Hits : 345