Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

UNESCO King Hamad Bin Isa Al-Khalifa Prize for The Use Of Information And Communication Technologies In Education

YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
 HEBAHAN MENGENAI UNESCO KING HAMAD BIN ISA AL-KHALIFA PRIZE FOR THE USE OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGIES IN EDUCATION 
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan mengenai UNESCO King Hamad bin Isa Al-Khalifa Prize for the Use of Information and Communication Technologies in Education dengan tema "Digital learning for greening education (seperti di lampiran). Hadiah ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Bahrain untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang projek individu, institusi atau entiti lain/non-governmental organisations (NGOs) yang telah menggunakan Information Communication Technology (ICT) secara kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pendidikan. Seramai 2 orang penerima anugerah akan menerima diploma dan US $25,000 (setiap seorang).
 
3.        Syarat-syarat dan kriteria-kriteria pemilihan bagi penganugerahan hadiah ini adalah seperti berikut:
 
a) Syarat kelayakan 
                                                  
  • The project is in line with the objectives of the Prize and is relevant to the theme of the year;
  • The project should be ongoing for at least 1 year;
  • The project and its organization should not be affiliated to UNESCO or receive any funding from UNESCO;dan
  • The project shouldbe public and free of charge.
b) Kriteria pemilihan
 
  • Appropriateness of digital solutions: The project is backed by needs assessment and applies fit-for-purpose technologies to provide safe, inclusive and robust tools;
  • Pedagogy innovation: The project adopts pedagogical methodologies adapted for climate education to facilitate digital learning and learner engagement;
  • Inclusion and equity: The project should advance inclusion and equity in education while taking into account marginalized groups, minorities and learners with different abilities
  • Evidence of impact: The project should provide evidence of impact on learners reached and pre-set learning outcomes; dan
  • Potential for replicability and scalability: The project should show evidence that it can be replicated in other contexts or have the potential to further optimize and scale its impact.
 4.        Sehubungan itu, warga KPM yang berkelayakan boleh mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan berserta maklumat-maklumat seperti berikut kepada skum.bha@moe.gov.my sebelum 19 Januari 2024 (Jumaat) :
 
               a.    penerangan berkenaan latar belakang dan pencapaian calon;
               b.    rumusan kerja/ hasil kerja, penerbitan/ dokumen-dokumen sokongan lain yang signifikan; dan
               c.    penerangan berkenaan sumbangan calon dalam mencapai objektif-objektif Prize.
 
 5.        Borang permohonan dan brosur hebahan adalah seperti di  Lampiran A dan Lampiran B (355 KB) .
 
Sekiranya ada pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi pihak SKUM melalui alamat emel skum.bha@moe.gov.my atau talian telefon 03-8884 6159.
 
Sekian, terima kasih.

Hits : 1338