Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 Berjalan Lancar Di Negeri Kedah

Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 Berjalan Lancar Di Negeri Kedah

 

02 Disember 2024 | Isnin

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi turun padang ke kawasan terjejas banjir di negeri Kedah bagi meninjau sendiri kelancaran pengoperasian Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 yang bermula hari ini. Negeri kedah mempunyai lebih 500 orang calon peperiksaan SPM yang terjejas akibat banjir.

 

Antara sekolah yang dilawati adalah SMKA Alor Star, SMK Alor Jangus, SMK Sri Gunong, dan SMK Tunku Abdul Malik. Sebagai usaha membantu memastikan calon peperiksaan yang terjejas tidak tercicir, KPM telah mengambil langkah menempatkan mereka di asrama atau pusat peperiksaan yang ditetapkan.

 

Asrama dan pusat peperiksaan yang menempatkan calon terjejas dilengkapi kemudahan asas, bahan pembelajaran, alat tulis dan kelengkapan lain. Ini dapat membantu calon membuat persiapan dan menduduki peperiksaan dengan selamat dan selesa.

 

Turut hadir bersama adalah Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, YBrs Tuan Haji Ismail bin Haji Othman, dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

 

Hits : 42