Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pertandingan Fotografi Turathy

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENGENAI “TURATHY PHOTOGRAPHY COMPETITION”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai Turathy Photography Competition. Pertandingan ini dianjurkan oleh ICESCO dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Mesir yang diwakili oleh National Organization for Civilization Coordination. Melalui hebahan ini, pihak  penganjur menjemput jurugambar di Mesir dan negara anggota ICESCO untuk menyertai pertandingan ini. Jurugambar yang menyertai pertandingan ini digalakkan untuk memberikan penekanan khusus pada tapak dan kawasan warisan yang mencerminkan gaya seni bina yang terkenal pada era tertentu, seni bina spontan, unik dan jarang kelihatan di persekitaran tempatan, bangunan dan tapak yang berkaitan dengan sejarah kebangsaan, peristiwa penting dan kawasan bandar yang unik.

3.      Objektif utama pertandingan ini adalah menggalakkan jurugambar di dunia Islam memantau dan mendokumentasikan bangunan dan tapak warisan di Kaherah, Mesir dan bandar-bandar di negara anggota ICESCO melalui visi kreatif. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i.      Urban and Architecture Heritage in Cairo – terbuka kepada jurugambar di Kaherah, Mesir dan mereka yang berminat dalam pemantauan dan mendokumentasi bangunan dan tapak warisan di Kaherah, Mesir; dan

ii.     Urban and Architecture Heritage in the Cities of Islamic World – terbuka kepada semua jurugambar di negara anggota ICESCO yang berminat dalam pemantauan dan mendokumentasi bangunan dan tapak warisan di pelbagai bandar.

Nilai hadiah yang ditawarkan kepada kedua-dua kategori ini adalah seperti berikut:
a)      Hadiah tempat pertama: USD1500;
b)      Hadiah tempat kedua: USD1000;
c)      Hadiah tempat ketiga: USD750;
d)      Dua (2) hadiah insentif setiap satu bernilai USD500 bagi ketegori (i); dan
e)      Tujuh (7) hadiah insentif setiap satu bernilai USD 500 bagi kategoru (ii).

Semua peserta yang menyertai pertandingan ini akan menerima sijil penyertaan. Manakala penyertaan cemerlang yang dipilih oleh juri bagi kedua-dua kategori akan menerima sijil penghargaan.

4.       Syarat-syarat pertandingan ini termasuk peraturan am, objektif, kategori, kriteria penilaian, tarikh-tarikh penting dan pautan mengenai pertandingan ini adalah seperti di brosur yang dilampirkan. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan borang penyertaan yang terdapat di pautan: http://www.urbanharmony.org/turathy2022.html dan www.icesco.org melalui alamat emel (turathy@urbanharmony.org dan turathy444@gmail.com) sebelum atau pada 18 September 2022 (Ahad). Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak penganjur melalui alamat emel seperti di atas.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
Muat Turun  disini

Hits : 3335