Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

The 6th International Conference on Special Education Tahun 2025 Anjuran Seameo Regional Centre For Special Educational Needs (SEAMEO SEN)

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN MENGENAI THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION TAHUN 2025 ANJURAN SEAMEO REGIONAL CENTRE FOR SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS (SEAMEO SEN) PADA 26 HINGGA 27 JULAI 2025 DI KUCHING, SARAWAK

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman, SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) akan menganjurkan The 6th International Conference on Special Education (ICSE) 2025 dengan tema “Technology for Disabilities: A Path to Inclusion daripada 26 hingga 27 Julai 2025 di UCSI Hotel Kuching, Sarawak. Persidangan antarabangsa ini adalah siri keenam yang dianjurkan oleh SEAMEO SEN dengan peserta terdiri daripada warga pendidik, pelajar, penyelidik, pegawai pendidikan, penggubal dasar, ibu bapa, dan pihak yang berminat dalam pembangunan pendidikan untuk murid berkeperluan khas di Asia Tenggara.

 

3. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan SEAMEO SEN mengemukakan jemputan pendaftaran sebagai speakers/presenters/participants/contestants bagi acara seperti berikut:

 

3.1  Pembentangan Kertas dan Pendaftaran Peserta

       Tema: Technology for Disabilities: A Path to Inclusion

       Website: https://icse.seameosen.edu.my/   

      Tarikh akhir penghantaran abstrak : 15 Februari 2025.

 

3.2  2nd Innovation for Disability-Inclusive Education Competition

       Website: https://idiec.seameosen.edu.my/ 

       Tarikh akhir penghantaran abstrak : 21 Februari 2025.

 

4.   Justeru, bersama-sama ini disertakan brosur berkenaan persidangan tersebut untuk perhatian dan tindakan peserta selanjutnya. Sebarang pertanyaan, peserta yang berminat boleh menghubungi Puan Zairila binti Zainal di talian 03-88847245 atau e-mel zairila@moe.gov.my.

 

Sekian, terima kasih.


Muat Turun Lampiran

Hits : 633