Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Tahniah SJK(T) Ladang Matang, Perak Dalam SEAMEO- JAPAN ESD AWARD 2022

1 Logo Korporat KPM BM

Tahniah SJK(T) Ladang Matang, Perak Dinobatkan “The Special Recognition for The Programme Carried Out In Small Schools Of Less Than 250 Students” Dalam SEAMEO- JAPAN ESD AWARD 2022

Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) yang berpangkalan di Bangkok telah menganugerahkan “The Special Recognition Winner for The Programme Carried Out In Small Schools of Less Than 250 Students kepada SJK(T) Ladang Matang, Perak dalam SEAMEO - JAPAN ESD AWARD yang telah disertai oleh 278 institusi pendidikan dari 8 buah negara iaitu Brunei, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines dan Thailand.

SJKT Ladang Matang telah dinobatkan sebagai Pemenang Pengiktirafan Khas oleh pihak SEAMEO yang telah diumumkan pada 6 Februari 2023 dengan tema “Robotics / Coding Class for SJKT Ladang Matang Young Coders” dan menerima hadiah  seperti yang berikut:

a. Hadiah wang sebanyak USD 500.00.
b. Sijil Pengiktirafan bagi guru dan pelajar yang terlibat dalam perancangan dan melaksanakan program sekolah.
 

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan Tahniah kepada SJK(T) Ladang Matang, Perak dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua Sekolah Kurang Murid di Malaysia untuk terus cemerlang dalam melibatkan murid-murid sekolah dalam aktiviti berbentuk pertandingan-pertandingan dalam negara mahupun luar negara.

Sekali lagi, Tahniah dan Syabas diucapkan!

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat Turun Lampiran (1.11 MB)

Hits : 209