Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Tahniah Pasukan Sekolah Sukan Malaysia Juara Kejohanan Hoki WA International Youth Cup Tahun 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dalam Kejohanan Hockey WA International Youth Cup Tahun 2023 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 November 2023 yang lalu di Stadium Hoki Universiti Curtin, Perth Australia. Pasukan SSM yang dianggotai oleh gabungan 20 orang murid daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah serta 3 orang jurulatih, 1 orang fisioterapi dan 1 orang pengurus pasukan telah berjaya merangkul tempat pertama dalam kejohanan elit ini sekali gus menebus kekecewaan beraksi di perlawanan akhir pada tahun 2022.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membiayai penyertaan pasukan ini yang dianjurkan oleh WA Hockey Gryphon yang disertai oleh 17 pasukan lelaki dan 14 pasukan perempuan daripada empat buah negara. Pasukan SSM berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam semua perlawanan bermula dengan 6 perlawanan di peringkat kumpulan, separuh akhir dan perlawanan akhir dengan jumlah jaringan sebanyak 30 gol.

Pasukan SSM juga mencatat sejarah sebagai juara selepas hampir 12 tahun terlibat dalam kejohanan ini. Atlet muda SSM juga diberikan penghormatan apabila Aferull Syah bin Ahmad Azuan Syahrill dinobatkan sebagai Man of the Match.

Kementerian Pendidikan Malaysia amat berharap agar pencapaian pasukan ini akan memberi inspirasi kepada murid dan guru seluruh negara untuk terus mengekalkan usaha dan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada murid dan guru terlibat!

 

Tahniah

 

Hits : 303