Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6

  • Syarat Am
    • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
  • Syarat Khas
    • Bidang STEM - Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
    • Bidang Sains Sosial
      • Sekolah Menengah Harian
        • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
      • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 
        • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
        • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
      • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
        • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan

Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6 - Murid Bekerperluan Khas

  • Syarat Am
    • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
  • Syarat Khas
    • Bidang STEM
      • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Hits : 126622