Sumber Manusia
1. Apakah definisi Waran Perjawatan (WP)?
2. Apakah Waran Perjawatan (WP) secara Zero-Based?
3. Apakah yang dimaksudkan sebagai jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)?
4. Apakah yang dimaksudkan sebagai jawatan Skim Perkhidmatan Bersepadu?
5. Apakah Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas?
6. Mengapakah “Jawatan Terbuka” masih diperlukan di dalam perkhidmatan awam?
Seterusnya, jumlah bekalan yang diperlukan akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan temu duga. di mana calon perlu memohon terlebih dahulu melalui portal www.jobsmalaysia.com untuk panggilan temu duga SPP. Calon yang berjaya dalam temu duga akan mengemas kini maklumat melalui sistem e-Graduan dan SOP yang terlibat akan menguruskan penempatan mereka.
Bagi graduan yang gagal temu duga, mereka boleh memohon semula selepas enam (6) bulan dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal SPP. Tempoh enam (6) diberikan oleh SPP untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon untuk memperbaiki kelemahan diri.
Walau bagaimanapun, berdasarkan surat SPP rujukan SPP.30/22/4(19) bertarikh 27 Mac 2015, graduan yang menolak tawaran akan disenarai hitam selama satu (1) tahun sebelum layak memohon semula ke jawatan PPP Gred DG41. Dalam hal ini, panggilan temu duga adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa KPM.
Selain itu, setiap calon perlu bersaing dengan graduan semasa dan hanya graduan yang terbaik sahaja akan dipilih oleh SPP berdasarkan merit, keperluan opsyen dan prestasi temu duga.
Sistem ini merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi memberi peluang kepada graduan Pendidikan untuk mengemaskini maklumat peribadi terkini untuk memudahkan pelaksanaan urusan penempatan bagi graduan yang telah lulus temu duga.
PPP
AKP
Ketua Jabatan hendaklah memperaku PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A) 1/2012.
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Pemohon boleh menyemak dan memuat turun surat kelulusan pengecualian melalui capaian https://ptm.moe.gov.my/?doit=semakPengecualian .
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2015, bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Dalam hal ini, tarikh lantikan tetap pertama pegawai ialah pada 1 Julai 1996. Maka, kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 35 hari setahun. Kaedah pengiraan Cuti Rehat pegawai berdasarkan Jadual 5 PP Bil. 11/2015 adalah seperti berikut:
Bil |
Tarikh |
Perkara |
Kelayakan Cuti Rehat |
Punca Kuasa |
1. |
1/07/1996 |
Dilantik ke jawatan Gred DGA29. |
25 hari |
PP 9/1991 |
2. |
1/07/2006 |
Genap 10 tahun perkhidmatan dalam Gred DGA29. |
30 hari |
PP 9/1991 |
3. |
1/10/2006 |
Kenaikan pangkat ke Gred DGA32. |
35 hari |
PP 4/2002 |
4. |
1/01/2007 |
Dilantik sebagai Guru Besar. |
35 hari |
PP 4/2002 |
5. |
1/01/2010 hingga 31/12/2015 |
Dilantik ke jawatan Gred DG41.* Kekal sebagai Guru Besar. |
25 hari |
PP 14/2008 |
*Lantikan ke gred DG41 dikira sebagai lantikan baharu dalam penentuan kadar cuti rehat. |
||||
6. |
1/01/2016 dan seterusnya |
Guru Besar Gred DG41.* *PP11/2015 menetapkan kadar cuti rehat dikira bermula dari tarikh lantikan tetap dalam perkhidmatan awam. |
35 hari |
PP 11/2015 |
Adakah permohonan pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan memandangkan pegawai masih belum lagi berkhidmat pada tahun 2018?
Adakah kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 10 hari boleh dihabiskan/ digunakan sekaligus pada awal tahun?
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017, Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata/ melangkau tahun terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di perenggan 11(e) Pekeliling yang sama, tertakluk kepada peruntukan dan kelayakan mengikut tahun berkaitan.
Pegawai yang telah diluluskan Cuti Rehat Khas melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata dan kemudiannya tidak dapat memenuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti tersebut pada tahun berkenaan, urusan pemotongan emolumen hendaklah dilakukan sebagai mengganti cuti yang telah terlebih diambil.
Dalam hal ini, pegawai boleh dipertimbangkan CRK melebihi daripada bilangan hari yang pegawai layak secara prorata iaitu selama 10 hari kerana tujuan menghadiri konvokesyen ahli keluarga selaras dengan perenggan 11(e) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017.
Walau bagaimanapun, sekiranya pada tahun 2018, pegawai diluluskan Cuti Haji Bergaji Penuh selama 40 hari, maka kelayakan CRK pegawai akan berkurangan sebanyak 1 hari kerana Cuti Haji adalah termasuk dalam tafsiran “perkhidmatan yang tidak melayakkan” yang mengurangkan kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai. Maka, kelayakan CRK bagi tahun 2018 adalah sebanyak 9 hari. Dalam hal ini, tindakan urusan pemotongan emolumen hendaklah dilakukan sebagai mengganti cuti yang telah terlebih selama 1 hari diambil oleh Ketua Jabatan.
Tidak. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017, Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya dan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Melangkau tahun dalam konteks ini merujuk kepada keadaan di mana guru meminta cuti yang bersambung dari akhir tahun ke tahun hadapan atas sebab yang dinyatakan di perenggan 11(a) hingga 11(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa CRK tahun semasa boleh digunakan pada tahun hadapan kerana prinsip CRK adalah untuk kegunaan tahun semasa sahaja. Baki CRK yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.
Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari sehingga 90 hari.
Pegawai perlu memenuhi tempoh minima selama 60 hari bagi setiap kelahiran. Bagi tempoh mulai 61 hari hingga ke 90 hari, pegawai perlu mengemukakan permohonan untuk pertimbangan Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017 telah menjelaskan bahawa Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.
Dalam hal ini, Pegawai boleh diluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh bermula daripada 1 Ogos 2018, iatu tarikh pegawai mula disahkan menghidap kanser. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh sebanyak 24 bulan (730 hari) berdasarkan tempoh-tempoh dalam sijil sakit barah yang dikemukakan oleh pegawai selaras dengan peruntukan Perintah Am 31 Bab C Tahun 1974.
Ini bermakna pegawai perlu mengemukakan permohonan pindaan kelulusan Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan terdahulu iaitu daripada 6 Jun 2018 hingga 4 Ogos 2018 kepada 6 Jun 2018 hingga 31 Julai 2018.
Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin selaras dengan perenggan 12, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017.
Tidak. Perenggan 16.2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan pentadbiran.
Ya. Kelayakan Cuti Bersalin yang telah diambil oleh pegawai semasa pegawai berkhidmat secara kontrak adalah diambil kira dan pegawai dianggap telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin.
Layak. Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
Dalam hal ini pegawai perlu memenuhi tempoh minimum Cuti Bersalin selama 60 hari dan dianggap telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin daripada jumlah kelayakan maksima selama 360 hari.
Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh/ Separuh Gaji/ Tanpa Gaji, maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin memandangkan tempoh tersebut telah diliputi dalam Cuti Belajar Bergaji Penuh/ Cuti Belajar Separuh Gaji/ Tanpa Gaji tersebut.
Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran. Tempoh Cuti Bersalin selebihnya sehingga maksimum 90 hari adalah tertakluk kelulusan Ketua Jabatan atas kepentingan perkhidmatan.
Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru yang mengajar selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
Berdasarkan Perenggan 6.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017, guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut:
(a) Semasa penggal sekolah, guru (yang mengajar) boleh:
(b) Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh.
Tidak. Sijil Sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari tersebut (17/3/2015 hingga 19/3/2015) kerana tempoh Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai 3/3/2015 hingga 1/5/2015 iaitu selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari).
Cuti Bersalin bermula dari tarikh pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am dan disambung dengan Cuti Rehat yang berkelayakan (pengiraan Cuti Rehat adalah yang melibatkan hari bekerja sahaja) dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pegawai juga boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai tarikh bersalin. Pegawai dikehendaki memenuhi tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin selama 60 hari.
Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di Perenggan 5.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017, Guru berkenaan dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari seperti turutan berikut:
Ya, pegawai perlu memenuhi tempoh minimum Cuti Bersalin selama 60 hari bermula dengan cuti bersalin bergaji penuh diikuti cuti bersalin tanpa gaji. Walau bagaimanapun, Cuti Menjaga Anak tidak dibenarkan.
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun 7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk kepada syarat 365 hari/ satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang terdahulu:
Perkiraan = 5 Bulan x 365 hari
12 bulan
= 152 hari
Tidak. Pegawai tidak layak untuk meneruskan baki Cuti Menjaga Anak kerana tidak lagi memenuhi tafsiran anak tiri tanggungan yang tinggal bersama pegawai selepas perceraian tersebut.
Tidak. Berdasarkan perenggan 11(vi), Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014, pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan.
Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak selama 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga Anak adalah seperti yang berikut:
1,825 hari (Jumlah kelayakan CMA)
- 200 hari (CMA yang diambil tahun 2007 – anak pertama)
- 450 hari (CMA yang diambil tahun 2010 – anak kedua)
- 650 hari (CMA yang diambil tahun 2012 – anak ketiga)
525 hari (Baki kelayakan CMA)
Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin, kelayakan maksimum terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan keseluruhan 525 hari tersebut.
Ya. Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin terhad sehingga 1,825 hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh.
Tidak. Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin kerana telah menggunakan kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari.
Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki sebanyak 925 hari dengan pengiraan seperti berikut:
1,825 hari (Jumlah kelayakan CMA)
- 900 hari (CMA yang diambil tahun 2009)
925 hari* (Baki kelayakan CMA)
*Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk kepada keperluan.
Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari (1 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan.
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C Tahun 1974 memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014 tidak menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974. Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemudahan yang berbeza.
Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 215 hari dengan pengiraan seperti berikut:
365 hari (Kelayakan CMA Tidak Terikat)
- 150 hari (CMA Tidak Terikat yang telah diambil)
215 hari* (Baki kelayakan CMA Tidak Terikat)
Tempoh percubaan pegawai dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Tidak. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh kepada pegawai yang telah disahkan menghidap barah oleh pakar barah. Pegawai diberi sijil sakit barah bermula dari tarikh pengesahan sakit barah tersebut.
Tempoh kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh adalah berdasarkan tempoh cuti sakit barah yang dinyatakan dalam sijil sakit barah yang dikeluarkan oleh pakar barah kepada pegawai.
Pegawai boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Selepas mendapat kebenaran tersebut, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 730 hari dengan syarat segala perbelanjaan rawatan perubatan barah tidak ditanggung oleh Kerajaan.
Berdasarkan peruntukan Perintah Am 31 Bab C Tahun 1974, kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 24 bulan (730 hari) boleh diberikan kepada pegawai yang disahkan menghidap penyakit barah atau yang setaraf dengannya. Ini bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 24 bulan (730 hari) meliputi kedua-dua jenis barah yang dihidapi pegawai.
Seseorang pegawai yang penyakit Tibi/ Kusta/ Barahnya berbalik semula, tidak akan dapat kelayakan Cuti Tibi/Kusta/Barah dengan kadar penuh semula. Walau bagaimanapun, ia hendaklah diberi sebarang baki Cuti Tibi/ Kusta/ Barah yang tinggal.
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991, tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu, setelah meneliti laporan Lembaga Perubatan. Sekiranya pegawai disahkan oleh Lembaga Perubatan ada harapan untuk sembuh, hanya cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji boleh dipetimbangkan atau pegawai itu dibersarakan daripada perkhidmatan.
Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974, pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapat bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1980, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002.
Dalam hal ini, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya bagi tujuan menggantikan ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013.
Berdasarkan Surat Edaran JPA rujukan JPA(S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 - Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa:
Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/ hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun;
bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelaskan dalam PP 2/2006;
bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan
bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas.
Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian Cuti Kursus Sambilan (CKS) tertakluk kepada syarat berikut:
a) Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
b) Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian secara jarak jauh;
c) Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan oleh MQA;
d) Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
e) Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan;
f) Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan
g) Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.
Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut:
Pegawai belum layak dipertimbangkan kemudahan CKS selaras dengan peruntukan Surat Perkhidmatan Perkhidmatan Bil. 7/2009 kerana belum disahkan dalam perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, bagi maksud menduduki peperiksaan, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) di bawah peruntukan Perintah Am 44 Bab C Tahun 1974.
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986, Ketua-Ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir bekerja. Pertimbangan oleh Ketua Jabatan dalam melaksanakan pekeliling ini adalah seperti berikut:
Dalam kes ini, pegawai telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir kerana rumah/ tempat kediaman telah dinaiki air. Walaupun perjalanan pegawai dari Pusat Pemindahan ke tempat bekerja tidak terhalang, tetapi situasi dan keadaan memaksa pegawai tidak dapat hadir bekerja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kebenaran tidak hadir kerja di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986 oleh Ketua Jabatan tertakluk memenuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Berdasarkan perenggan 1.1, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986, pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa boleh dipertimbangkan kemudahan tersebut. Ketua Jabatan boleh mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.
Sekiranya program sukarelawan tersebut merupakan anjuran Kementerian/ Jabatan, Ketua Jabatan dengan menggunakan budi bicaranya dan atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan pegawai untuk membantu mangsa banjir/ memulihkan keadaan serta fasiliti-fasiliti yang berkenaan seolah-oleh pegawai menjalankan tugas rasminya.
Bagi program anjuran NGO dan atas kerelaan pegawai untuk membantu, tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang ia berkelayakan bagi tujuan tersebut.
[Rujukan: Surat JPA rujukan JPA(SARAAN)262/6/3-11 Klt.8 (57) bertarikh 26 Februari 2015]
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016, perakuan secara bertulis atau melalui sijil sakit oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta. Perakuan atau sijil sakit tersebut hendaklah di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit yang disenaraikan di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016 sahaja atau pindaannya dari semasa ke semasa, bukannya atas nama pegawai.
Cuti Kuarantin merupakan kemudahan cuti kepada pegawai menjaga anak yang disahkan dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016.
Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat Cuti Kerantina bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan di bawah Perintan Am 24 Bab C Tahun 1974.
Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin, tidak temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Dalam kes ini, pegawai boleh memohon Cuti Kuarantin mulai 9 Januari 2017 atau pada bila-bila masa dalam tempoh 9 Januari 2017 hingga 20 Januari 2017, dan tidak semestinya digunakan lima (5) hari secara berturut-turut.
Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada 4 hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan 5 hari. Baki 1 hari tidak boleh dibawah ke hadapan.
Encik Amran layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum 5 hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi kes 2/02/2017 hingga 10/02/2017 tersebut, tidak termasuk hari rehat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Puan Lok Yee layak mendapat Cuti Kuarantin untuk anak keduanya selepas tamat tempoh Cuti Kuarantin anak sulungnya pada 13/01/2017. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 13/01/2017, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 12/01/2017.
Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun. Dengan tidak mengira usia anak tersebut, sekiranya cacat otak dari segi jasmani dan secara kekal serta tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, dengan syarat kesemua perkara tersebut berlaku ketika usia anak itu di bawah 21 tahun.
Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Kuarantin kerana anaknya mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun.
Kemudahan Cuti Kuarantin tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017, kemudahan Cuti Umrah adalah merupakan Cuti Tanpa Rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam, bertaraf tetap bagi tujuan menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.
Perenggan 2(c) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017 telah menjelaskan bahawa tempoh maksimum Cuti Umrah adalah sebanyak 7 hari tetapi tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 7 hari atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai.
Berdasarkan Perenggan 2(e) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017, kaedah pengiraan Cuti Umrah adalah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan 7 hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya. Pengiraan Cuti Umrah bagi pegawai adalah seperti berikut:
Bil |
Tarikh/ Hari |
Status |
1. |
15 Februari 2018 (Khamis) |
Cuti Umrah (1) |
2. |
16 Februari 2018 (Jumaat)-Tahun Baru Cina |
Hari Kelepasan Am |
3. |
17 Februari 2018 (Sabtu)- Tahun Baru Cina |
Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am |
4. |
18 Februari 2018 (Ahad) |
Hari Kelepasan Mingguan |
5. |
19 Februari 2018 (Isnin) |
Cuti Umrah (2) |
6. |
20 Februari 2018 (Selasa) |
Cuti Umrah (3) |
7. |
21 Februari 2018 (Rabu) |
Cuti Umrah (4) |
8. |
22 Februari 2018 (Khamis) |
Cuti Umrah (5) |
9. |
23 Februari 2018 (Jumaat) |
Cuti Umrah (6) |
10. |
24 Februari 2018 (Sabtu) |
Hari Rehat Mingguan |
11. |
25 Februari 2018 (Ahad) |
Hari Kelepasan Mingguan |
12. |
26 Februari 2018 (Isnin) |
Cuti Umrah (7) |
13. |
27 Februari 2018 (Selasa) |
CRK/ CRT/ CTG Bab C |
14. |
28 Februari 2018 (Rabu) |
CRK/ CRT/ CTG Bab C |
Berdasarkan Perenggan 2(d) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017, kaedah pengiraan Cuti Umrah selama 7 hari adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Bagi guru yang menunaikan umrah semasa dalam tempoh Cuti Penggal Persekolahan, boleh memilih untuk menggunakan Cuti Penggal Persekolahan atau menggunakan kemudahan Cuti Umrah. Sekiranya guru tersebut memilih untuk menggunakan cuti penggal persekolahan, kaedah pengiraan Cuti Umrah adalah seperti berikut:
Bil |
Tarikh/Hari |
Status |
1. |
6/6/2018 (Rabu) |
Cuti Umrah (1) |
2. |
7/6/2018 (Khamis) |
Cuti Umrah (2) |
3. |
8/6/2018 (Jumaat) |
Cuti Umrah (3) |
4. |
9/6/2018 hingga 19/6/2018 (11hari) |
Cuti Penggal Persekolahan |
Dalam kes ini, pegawai hanya menggunakan kemudahan Cuti Umrah selama 3 hari sahaja, maka baki kelayakan Cuti Umrah selama 4 hari tidak boleh di bawa ke hadapan. Ini adalah kerana kemudahan Cuti Umrah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik selaras dengan perenggan 2(g) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017.
Kaedah pengiraan Cuti Umrah bermula pada hari penerbangan ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah.
Bagi kes di atas, pengiraan Cuti Umrah selama 7 hari adalah mulai 20 Februari 2018 dan seterusnya, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Bagi guru yang menunaikan umrah semasa dalam tempoh Cuti Penggal Persekolahan, boleh memilih untuk menggunakan Cuti Penggal Persekolahan atau menggunakan kemudahan Cuti Umrah.
Perkiraan 7 hari Cuti Umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar pegawai menunaikan ibadah umrah ke tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah, tidak kira sama ada pegawai berlepas dari Malaysia atau tidak.
Perintah Am 34 dan 35 Bab C Tahun 1974 dan pindaannya melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984 telah menetapkan bahawa kelayakan Cuti Haji adalah seperti yang berikut:
Dalam hal ini, sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas pegawai adalah layak menggunakan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari dan boleh menggunakan kemudahan Cuti Haji sebelum tarikh yang dijadualkan berangkat ke Mekah dan sebahagian baki selepas pulang ke tanahair tertakluk kepada maksimum 40 hari. Namun begitu, permohonan pegawai untuk menggunakan Cuti Haji selama 23 hari ini tidak bertentangan dengan prinsip pemberi Cuti Haji sepertimana yang dinyatakan di atas.
Pegawai Bertukar Wilayah
1. Apakah elaun dan kemudahan yang layak dinikmati oleh ‘pegawai yang bertukar wilayah’?
Berdasarkan PP 8/2015, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk perkhidmatan Bomba dan perkhidmatan Penjara yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan (kuarters) layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pada kadar 25% daripada kadar ITP pegawai. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Labuan layak menerima 50% daripada kadar ITP pegawai.
1. Bolehkah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang diduduki oleh penyandang (P/O) N17(KUP) ditanggung kerja
Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) telah dimansuhkan melalui PP 6/2009. Sehubungan dengan itu, jawatan PTR (jumud) yang kosong tidak boleh dilaksanakan secara penanggungan kerja selepas tarikh berkuat kuasanya pekeliling tersebut iaitu 2 Julai 2009.
2. Bolehkah pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan diarah menanggung kerja. Bolehkah diberi pengecualian jika tidak ada pegawai lain yang layak?
Tidak Boleh. Dibawah Perenggan 6.2 PP 17/2007, pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan boleh diperakukan penanggungan kerja dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun. Pengecualian tidak boleh diberi walaupun tiada pegawai lain yang layak. Perakuan boleh dibuat kepada pegawai yang berada dalam organisasi di lokasi berlainan tetapi dalam lingkungan 25km dengan mengambil kira keperluan dan keberkesanan tugas secara tanggung kerja.
3. Siapakah yang meluluskan Penanggungan Kerja jawatan berlainan skim perkhidmatan ?
Semua permohonan pengganungan kerja jawatan berlainan skim perkhidmatan perlu diangkat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM.
4. Apakah jawatan yang tidak sesuai diisi dengan kaedah penanggungan kerja ?
Jawatan SIPartners+, SISC+, FasiLINUS, Guru Kanan Matapelajaran, dan Pembantu Pengurusan Murid. Bagi Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam hanya boleh ditanggung kerja oleh guru yang mengajar matapelajaran yang sama, manakala Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas hanya boleh ditanggung kerja oleh guru yang mengajar Pendidikan Khas.
1. Siapakah yang layak menerima Bayaran Insentif Kanak-Kanak Cacat dengan kadar RM250?
1. Apakah kelayakan elaun sekiranya seorang Ketua Warden/ Warden tidak menduduki Rumah Khas Jabatan yang telah disediakan?
2. Berapakah kadar bayaran elaun Ketua Warden dan Warden?
1. Siapakah yang layak menerima Elaun Tanggungjawab dan berapakah kadar bayarannya?
Jawatan/ Sekolah |
Kadar |
Sekolah Menengah Gred A GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Penyelia Petang GKMP (Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional) |
RM120 Sebulan |
Sekolah Menengah Gred B GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Penyelia Petang |
RM120 Sebulan |
Sekolah Rendah Gred A dan Gred B GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Penyelia Petang |
RM60 Sebulan |
|
|
|
(i) Pegawai yang menghadapi masalah sakit yang berpanjangan melebihi 6 bulan.
(ii) Pegawai yang menghidap sakit tibi, kusta atau barah dan penyakit yang setaraf.
(iii) Pegawai yang menghadapi masalah gangguan tekanan jiwa (sakit mental) yang menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah/ Jabatan.
(iv) Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji iaitu:-
(a) cuti tanpa gaji mengikut pasangan berugas/ berkursus di dalam atau di luar negara mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009 selama satu tahun atau lebih.
(b) pegawai yang telah diluluskan cuti menjaga anak mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
(c) pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 selama 360 hari secara berterusan.
(v) Pegawai yang berprestasi rendah.
(vi) Pegawai yang disyaki telah melakukan jenayah.
(vii) Atas kepentingan perkhidmatan.
Mana-mana penyandang yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan tidak ditempatkan secara fizikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) kecuali diarahkan berbuat demikian. Semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai adalah masih di bawah kawalan Ketua Jabatan di mana pegawai tersebut bertugas.
(a) Tarikh pergerakan gaji (TPG) tahunannya adalah sama dengan tarikh pelanjutan tempoh percubaan dengan denda dan pegawai belum mendapat PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya.
(b) Pegawai belum memperoleh PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya.
Contoh pelaksanaan pelarasan gaji bagi situasi di atas boleh dirujuk melalui Lampiran B, C, C1 dan C2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009.
Penetapan gaji permulaan lantikan pegawai adalah tertakluk kepada gaji akhir yang hakiki pada tarikh lantikan tersebut. Menurut peraturan 23 (8), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012, jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke jawatan lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan lantikan itu. Ketua Jabatan hendaklah merujuk penetapan gaji permulaan lantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku pihak yang berkuasa melantik selaras dengan peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
Pegawai yang diberikan kemudahan cuti sakit barah (CSB) bergaji penuh selama 24 bulan adalah layak menikmati PGT sama seperti pegawai yang sedang berkhidmat dengan syarat markah LNPT mereka yang terakhir hendaklah berada di tahap yang memuaskan (rujukan : perenggan 6(i), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1996). Manakala, pegawai yang diluluskan kemudahan CSB secara separuh gaji pula akan diberikan kemudahan PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan.
Menurut perenggan 64, Pekeliling Perkhidmatan 4 Tahun 2002 (Pelaksanaan SSM bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan), anggota yang diluluskan cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar bagi cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji, cuti tanpa gaji mengikut suami atau isteri belajar atau bertugas di dalam atau luar negeri atau cuti separuh gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit yang seumpamanya akan diberi PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan
Namun sekiranya pegawai mengambil cuti barah separuh gaji dan tempohnya melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar, maka pada tahun berikutnya pegawai tidak lagi layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat mengikut SPP 5/2002 kerana pegawai telahpun menikmati 3 kali pergerakan gaji secara isyarat sebelum ini apabila mengambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan di bawah PP 29 Tahun 2009.
Manakala melangkah sekatan kecekapan ialah peningkatan matagaji di dalam skel gaji yang sama di mana ia adalah kaedah yang membolehkan seseorang pegawai mendapat peningkatan gaji.
Suruhanjaya boleh mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi lantikan untuk kali pertama yang memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan disandangnya tertakluk kepada peraturan 25 (3) dan (4), P.U.(A)1/2012. Menurut peraturan 25(5), P.U.(A)1/2012, pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan professional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.
Jadual 1 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat sebelum tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal. Prinsip mendahulukan PGT dalam gred asal pada tarikh naik pangkat sebelum menentukan gaji permulaan naik pangkat DG48.
Perkara |
Tarikh |
DG44 |
DG48 |
Tarikh PGT DG44 |
01/10/2016 |
RM5,550.04 |
|
Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48 |
01/01/2017 |
RM5,550.04 |
RM6,050.04 |
Tarikh PGT DG44 |
01/10/2017 |
RM5,800.04 |
|
Tarikh surat siaran naik pangkat |
01/11/2017 |
Gaji minimum DG48 : RM4,922.00
Jadual 2 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat selepas tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal. Gaji permulaan naik pangkat terus diberi tidak kurang satu KGT dalam gred asal.
Perkara |
Tarikh |
DG44 |
DG48 |
Tarikh PGT DG44 |
01/10/2016 |
RM5,550.04 |
|
Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48 |
01/11/2016 |
RM5,550.04 |
RM5,800.04 |
Tarikh PGT DG44/DG48 |
01/10/2017 |
RM5,800.04 |
RM6,070.04 |
Tarikh surat siaran naik pangkat |
01/11/2017 |
Bagaimanakah tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat ditentukan?
Jadual kedua : Pergerakan Gaji Tahunan (Peraturan 27)
Tarikh pelantikan |
Tarikh pergerakan gaji |
1 Januari hingga 31 Mac |
1 Januari tahun yang berikutnya |
1 April hingga 30 Jun |
1 April tahun yang berikutnya |
1 Julai hingga 30 September |
1 Julai tahun yang berikutnya |
1 Oktober hingga 31 Disember |
1 Oktober tahun yang berikutnya |
Bagaimanakah jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya? Contohnya: Pegawai dinaikkan pangkat dari gred DG29 ke gred DG32 pada 1.1.2014. Tarikh pergerakan lama iaitu gred DG29: bulan Januari.
Jadual 3 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal.
Perkara |
Tarikh |
DG29 |
DG32 |
Tarikh PGT DG29 |
01/01/2014 |
RM2,829.91 |
|
Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG32 |
01/01/2014 |
RM2,829.91 |
RM2,974.91 |
Tarikh PGT DG29/DG32 |
01/01/2015 |
RM2,974.91 |
RM3,129.91 |
Tarikh surat siaran naik pangkat |
01/03/2015 |
Gaji minimum DG32 : RM2,731.00
(i) Salinan surat pengesahan pelantikan ke gred DG41
(ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Ketua Jabatan
(iii) Salinan Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) yang berkaitan dengan pelarasan gaji kenaikan pangkat ke gred DG32
(iv) Salinan surat siaran kenaikan pangkat ke gred DG32
(i) Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
(ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini dan disahkan;
(iii) Salinan Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) dokumen yang berkaitan dengan pelarasan gaji
(a) Kenaikan Pangkat – salinan surat pemangkuan dan siaran kenaikan pangkat
(b) Melangkah Titik Peningkatan (MTP) – surat siaran MTP
(c) Pelantikan – salinan surat tawaran pelantikan tetap, surat kenaikan pangkat dan kelayakan akademik (STPM/Diploma/Ijazah dll)
(d) Hadiah Pergerakan Gaji bagi bekas Tentera - LTAT/KEW Bat D132(1/95); Bat B 84@92, surat pengesahan perkhidmatan/Lampiran A (Biodata Perkhidmatan Tentera Awam), senarai tugas semasa menjawat jawatan tentera/polis, salinan kad pengenalan, surat pengesahan dari jabatan rekod dan pencen
(e) Hadiah Pergerakan/Kenaikan Gaji mengikut PP 4/1994 kerana memiliki Diploma/STPM – salinan Diploma/STPM
(f) Pergerakan Gaji Tahunan – salinan surat keputusan pergerakan gaji dari PPSM
(g) Opsyen SSB/SSM/PPPLD – salinan surat tawaran opsyen
- Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 56 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.7.2008 – Umur persaraan wajib adalah 58 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.1.2012 – Umur persaraan wajib adalah 60 tahun
Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan.
Seksyen 8-Pegawai-pegawai disifatkan menjadi pegawai-pegawai berpencen, tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai-pegawai berpencen:-
(a) Seseorang pegawai yang telahpun dimasukkan dalam perjawatan berpencen dibawah Ordinan Pencen 1951 sebelum daripada 1/7/1977, Ordinan Pencen Sabah 1963 atau Ordinan Pencen Sarawak sebelum daripada 1/7/1978, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) Seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab-sebab perubatan atau dibawah seksyen 12(A) sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasukkira; atau
(c) Seseorang pekerja berpencen dibawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 atau mana-mana undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik tetap
- Telah disahkan dalam jawatan
- Memilih opsyen pencen
- Telah dimasukkan ke dalam jawatan berpencen
- Anggota yang telah berumur 40 tahun
- Balu atau balu-balu atau duda(bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
- Anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
15 Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah skim ini?
Ganjaran =7.5% X tempoh perkhidmatan yg boleh diambil kira X gaji hakiki bulan yang terakhir
Pencen =1/600 X tempoh perkhidmatan yg boleh diambil kira X gaji hakiki bulan yang terakhir
GCR =1/30 X cuti rehat yang terkumpul X emolument (gaji akhir termasuk imbuhan tetap)
1. Apakah Perbezaan Kenaikan Pangkat Laluan TBBK Ex-PPPLD dan Laluan Khas Guru Besar Ex-PPPLD?
a) Disahkan dalam perkhidmatan;
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti contoh Jadual bawah ini dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun pertama, 35% bagi tahun kedua dan 45% bagi tahun ketiga:
Tarikh Kelayakan Bagi Urusan TBBK Ex-PPPLD Gred 44 dan Gred 48 |
Markah Minimum LNPT |
LNPT yang digunakan |
1 Januari 2015 – 30 Jun 2015 |
80% |
2011,2012,2013 |
1 Julai 2015 -31 Disember 2015 |
80% |
2012,2013,2014 |
c) Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah;
d) Telah mengisytiharkan harta;
e) Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
f) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Insitusi Pinjaman Pendidikan; dan
g) Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
2. Syarat khusus kenaikan pangkat Ex-PPPLD:
2.1 PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang telah dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 atau dinaikkan pangkat ke Gred DG42;
2.2 Mengambil kira setiap genap tiga (3) tahun pengalaman di PPP sebagai satu (1) tahun pengalaman di Gred DG41/42 dengan had maksimum sembilan (9) tahun di PPP bersamaan tiga (3) tahun di PPP di Gred DG41/42;
2.3 telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun secara gabungan di PPPS dan mempunyai pengalaman PPPLD di Gred DG41 atau DG44 pada tahun berkelayakan;
2.4 Mencapai markah minimum kriteria kecemerlangan (KC) yang ditetapkan iaitu 80% bagi PPP yang layak dinaikkan pangkat mulai 01 Julai 2013 ;
2.5 Mencapai markah minimum keseluruhan (LNPT + KC) yang ditetapkan iaitu 80% bagi PPP yang layak dinaikkan pangkat mulai 01 Julai 2013; dan
2.6 Tempoh pengalaman mengajar sebagai PPP yang boleh diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat iaitu Sembilan (9) tahun pengalaman sebagai PPPLD bersamaan tiga (3) tahun pengalaman di PPP tertakluk kepada maksimum tiga (3) tahun masih dikekalkan dan hanya terpakai bagi PPP yang akan diperakukan ke Gred DG44 atau DG48 sahaja tertakluk kepada memenuhi syarat kenaikan pangkat, tahap prestasi dan kecemerlangan yang ditetapkan oleh LKPPP. Bagi kenaikan pangkat di Gred DG48 secara TBBK Ex-PPPLD , tempoh pengalaman Ex-PPPLD hanya terpakai bagi PPP yang belum menggunakan tempoh tersebut bagi urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Gred DG44.
3. Syarat umum dan syarat khusus bagi Guru Besar Ex-PPPLD (Laluan Khas)
3.1 Syarat-syarat umum
3.1.1 Disahkan dalam perkhidmatan di atas Gred DG41;
3.1.2 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir;
3.1.3 Bebas daripada tindakan tatatertib;
3.1.4 Telah mengisytihar harta;
3.1.5 Lulus tapisan keutuhan SPRM;
3.1.6 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
3.1.7 Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
3.2 Syarat-syarat khusus
3.2.1 Calon adalah dahulunya seorang PPP yang menyandang jawatan Guru Besar Gred DG32/DG34/DG38 sebelum dilantik atau dinaikkan pangkat sebagai PPP Gred DG41/DG42 serta terus menyandang jawatan Guru Besar di sekolah rendah di atas Gred DG41/DG42 secara KUP; dan
3.2.2 Calon hendaklah berada di atas jawatan Guru Besar tidak kurang dari tiga (3) tahun selepas dilantik atau dinaikkan pangkat ke Gred DG41/DG42 ke skim PPP Gred DG41 dan masih terus menyandang jawatan Guru Besar di sekolah rendah semasa urusan pemangkuan dilaksanakan.
4. Bagi tujuan kenaikan pangkat ke Gred DG44 untuk kedua-dua laluan, pengalaman PPPLD pegawai telah diambilkira. Oleh itu, keistimewaan menggunakan pengalaman PPPLD tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan kenaikan pangkat ke Gred DG48.
1. Apakah syarat-syarat yang perlu bagi urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat ke Gred DG42?
(a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi Gred DG29);
(b) memiliki:
ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun pertama, 35% bagi tahun ke-2 dan 45% bagi tahun ke-3.
(d) bebas daripada tindakan tatatertib;
(e) telah mengisytiharkan harta;
(f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
(g) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan
(h) diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian perlu mengenal pasti calon-calon yang memenuhi syarat, sesuai dan layak untuk diperakukan untuk dibuat penempatan sebagai PGB.
Ketua Jabatan perlu memperakukan calon-calon yang layak diperakukan sebagai PGB kepada BPSM berdasarkan maklumat jumlah kekosongan dan unjuran keperluan sama ada secara penempatan setara/hakiki atau penempatan pemangkuan.
BPSM akan menyemak dan memperakukan calon-calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan akan dibawa untuk pertimbangan berdasarkan kepada urusan penempatan:
Syarat umum dan syarat-syarat khusus yang ditetapkan bagi pelantikan Pengetua dan Guru Besar (PGB) adalah seperti berikut:
Syarat Umum
a) telah disahkan dalam perkhidmatan;
b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
c) bebas daripada prosiding/tindakan tatatertib;
d) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.
Syarat Khusus
a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
• Pengetua : Bidang Umum;
• Guru Besar : Bidang Umum/Cina/Tamil;
c) lulus NPQEL atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);
d) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
e) mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).
Ketua Jabatan perlu memastikan pegawai yang dicalonkan bagi penempatan ke jawatan hakiki/ pertukaran memenuhi syarat pemilihan dan penempatan PGB dan telah ditaksir sebelum diperakukan kepada BPSM.
Pengisian jawatan Penolong Kanan dilaksanakan melalui tiga (3) cara iaitu;
a) Guru Penolong Kanan Pentadbiran;
b) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
c) Guru Penolong Kanan Kokurikulum;
d) Guru Penolong Kanan Petang;
e) Guru Penolong Kanan Tingkatan 6;
f) Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas;
g) Guru Penolong Kanan Sukan; dan
h) Guru Penolong Kanan Seni.
BIL |
JAWATAN |
GRED |
a) |
Penolong Kanan Pentadbiran |
DG48 |
b) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid |
DG48 |
c) |
Penolong Kanan Kokurikulum |
DG48 |
d) |
Penolong Kanan Petang |
DG48 |
e) |
Penolong Kanan Tingkatan 6 |
DG44 (Mod 3) & DG48 (Mod 2) |
f) |
Penolong Kanan Pendidikan Khas |
DG44 |
g) |
Penolong Kanan Sukan |
DG44 |
h) |
Penolong Kanan Seni |
DG44 |
Jawatan Penolong Kanan dibahagikan kepada lapan (8) kategori iaitu:
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Apakah gred hakiki jawatan Guru Penolong Kanan?
BIL |
JAWATAN |
GRED |
a) |
Guru Penolong Kanan Pentadbiran |
DG34/ DG32 |
b) |
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid |
DG34/ DG32 |
c) |
Guru Penolong Kanan Kokurikulum |
DG34/ DG32 |
d) |
Guru Penolong Kanan Petang |
DG34/ DG32 |
e) |
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas |
DG34/ DG32 |
8.1 Pelantikan Guru Tingkatan Enam (T6) dibuat melalui tiga (3) cara seperti berikut :
8.2 Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 adalah seperti berikut:
Pemangkuan
Penempatan secara Hakiki/ Setara
Tagging
9. Mengapakah Penolong Kanan Tingkatan 6 tidak mendapat Elaun Tanggungjawab (ETJ) seperti Penolong Kanan di Aliran Perdana?
Penolong Kanan Tingkatan 6 tidak mendapat Elaun Tanggungjawab kerana mereka berkongsi sekolah dengan Penolong Kanan Aliran Perdana dan tugas-tugas pentadbiran sekolah tersebut adalah di bawah bidang kuasa Penolong Kanan Aliran Perdana. Hanya Penolong Kanan Tingkatan 6 di sekolah Mod 1 sahaja yang layak menerima elaun tersebut.
Kenaikan Pangkat |
Kumpulan |
Gred |
LNPT |
Penilaian Kecemerlangan |
Time-Based Kali Pertama (TBK1) |
Berkhidmat lebih 13 tahun sebelum 1 Julai 2013 |
19-40 |
78% |
Dikecualikan |
Berkhidmat lebih 13 tahun sebelum 1 Julai 2013 |
1-16 |
75% |
Dikecualikan |
|
Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Jika masih mengguna pakai LNPT tahun 2012 atau sebelum sebagai tahun terkini) |
19-40 |
78% |
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/ CEMERLANG |
|
Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Jika masih mengguna pakai LNPT tahun 2012 atau sebelum sebagai tahun terkini) |
1-16 |
75% |
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/ CEMERLANG |
|
Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Mengguna pakai LNPT tahun 2013 dan seterusnya sebagai tahun terkini) |
1-40 |
80% |
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/CEMERLANG |
|
Time-Based Kali Kedua (TBK2) |
Berkhidmat 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018 |
14-36 |
80% |
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/CEMERLANG |
Syarat khusus kenaikan pangkat PKP :
secara TBK1 ialah pegawai telah berkhidmat genap 13 tahun pada atau selepas 1 Julai 2013 di gred lantikan dan memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap baik atau cemerlang (markah 6 hingga 9); dan
secara TBK2 ialah pegawai telah berkhidmat 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018 dan memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap baik atau cemerlang (markah 10 hingga 15)
Hits : 94145