Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP)

 

Pengagihan Lesen Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Bagi Memenuhi Keperluan Kursus Peningkatan Kompetensi Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

YB Menteri Pendidikan telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Februari 2024. Semua PPP akan memperoleh manfaat daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) ini bagi tempoh setahun mengikut 3 fasa yang ditetapkan.

 

Sehubungan dengan itu, pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.

 

SiPP juga boleh diakses melalui Modul Individu SPLKPM dan aktiviti pembelajaran dari SiPP akan direkod terus ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM.

Hits : 186961