Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Sijil SPM

Saya kehilangan sijil SPM. Bagaimana untuk memohon salinan sijil yang baharu?

Pihak tuan/puan boleh mengemukakan borang permohonan ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM tersebut. Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu: 

Secara Terus ke LP

Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)

Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).

Permohonan Melalui Pos

Pemohon boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.

Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA". Cek persendirian tidak diterima.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

 

Hits : 843478