Ahli Panel Jemputan
Antara ahli akademik dan tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa yang akan menyumbangkan idea dan berkongsi ilmu dalam seminar ini ialah:
Penyampai ucaptama
Moderator
Panel Forum
Pendaftaran
Daftar dan Muat Turun Aplikasi Seminar
Penyertaan adalah PERCUMA dan semua dijemput hadir.Sila daftar secara atas talian untuk menyertai seminar ini dengan mengklik butang di bawah.
Pendaftaran Seminar
Muat Turun aplikasi mudah alih di telefon pintar anda untuk mendapatkan maklumat terkini sebelum, semasa dan selepas seminar berlangsung.
Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Meniti Era Revolusi Industri Keempat
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020 pada tahun 2016. Pelan ini bertujuan untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan tinggi terus diperkukuh selaras dengan Perlembagaan serta sebagai pembentuk jati diri bangsa Malaysia dan generasi akan datang. Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dianjurkan sebagai salah satu usaha menggalakkan ahli akademik dan penjawat awam memperkaya dan memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Seminar pada tahun ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dan menyasarkan penyertaan dalam kalangan ahli akademik, warga KPM, penjawat awam dari pelbagai agensi/kementerian, pemimpin pelajar serta penggiat industri. Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu tahun 2018 dilaksanakan berdasarkan objektif berikut:
Objektif
Berkongsi ilmu dan pengalaman daripada tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa bagi mendepani cabaran Era Revolusi Industri Keempat
Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu di kalangan IPT
Merintis pencerahan bagi isu berkaitan bahasa Melayu melalui forum ilmiah
Menyebar luas inisiatif KPM dalam memartabatkan bahasa Melayu kepada semua ahli akademik dan penjawat awam yang hadir
Muat Turun Buku Program
Teaser Seminar Bahasa Melayu 2018
Aturcara
Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tahun 2018
16 Ogos 2018 (Khamis), Univerisiti Putra Malaysia
8:15 pagi
Pendaftaran dan Minum Pagi
9:15 pagi
Ketibaan Naib Canselor UPM
9:30 pagi
Ucapan Alu-aluan Naib Canselor UPM
10.00 pagi
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin OthmanPengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
11.00 pagi
Ahli panel 1 YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli bin Wan DaudUniversiti Kebangsaan Malaysia Ahli panel 2 YBhg. Dato’ Kepten Prof. Emeritus Dr. Hashim bin Yaacob (B)Mantan Naib Canselor UM, QIUP, MERITUS, KLMUC, IUCN Ahli panel 3 YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti BaharuddinInstitut Kefahaman Islam Malaysia Moderator YBrs. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. MustarKetua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku
12.25 tengah hari
Penyampaian Sijil Penghargaan
12.30 tengah hari
Merarau
2.30 petang
YBrs. Prof. Dr. Arndt Graf Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt
3.30 petang
Ahli panel 1 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad MericanUniversiti Sains Malaysia Ahli panel 2 YBrs. Prof. Madya Dr. Sarjit Singh a/l Darshan SinghUniversiti Putra Malaysia Ahli panel 3 YBrs. Dr. Mohammad Alinor bin Abdul KadirUniversiti Putra Malaysia Moderator YBrs. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. MustarKetua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku
4.55 petang
Ketibaan YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
5.00 petang
Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia mewakili YB Menteri Pendidikan Malaysia
5.15 petang
Penyampaian Sijil Penghargaan
5.30 petang
Kudapan dan Bersurai
Hubungi Kami
03-8870 5096
03-8870 5091
03-8870 5100
03-8870 5084
Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Aras 13, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya
Hak Cipta Terpelihara © 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Hits : 8403