Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my/.
Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu kedua bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi Ambilan Julai. Semakan keputusan boleh dibuat melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia https://spassm.moe.gov.my/. dan Sekolah Sukan Malaysia yang berhampiran. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.
Tawaran tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia.
Syarat Umum :
Syarat Khusus
Logo | Sekolah | Logo | Sekolah |
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Kompleks Sukan Negara 57000 Kuala Lumpur Tel: 03-90587335 Faks: 03-90587153 |
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Jalan Bandar Gambang 10 Bandar Gambang 26300 Kuantan Pahang Tel: 09-5497000 Faks: 09-5497001 |
||
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) |
Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) Peti Surat 18472 88875 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-402140 Faks: 088-402142 |
||
Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) Lot 50393 Jalan Lapangan Terbang 21300 Mukim Kuala Nerus Kuala Terengganu Terengganu Tel: Faks: |
Bil. | Jenis Sukan | SSBJ | SSMP | SSMS | SSMT | SSTMI |
1 | Angkat Berat | √ | √ | √ | ||
2 | Basikal | √ | ||||
3 | Bola Jaring | √ | √ | √ | ||
4 | Bola Keranjang | √ | √ | |||
5 | Bola Sepak | √ | √ | |||
6 | Bola Tampar | √ | √ | |||
7 | Bowling Tenpin | √ | √ | |||
8 | Bowling Padang | √ | √ | |||
9 | Ekuestrian | √ | ||||
10 | Gimnastik Artistik | √ | √ | √ | ||
11 | Gimrama | √ | ||||
12 | Hoki | √ | √ | √ | ||
13 | Judo | √ | √ | |||
14 | Karate | √ | ||||
15 | Kriket | √ | ||||
16 | Lawan Pedang | √ | √ | |||
17 | Lumba Basikal | √ | √ | |||
18 | Memanah | √ | √ | √ | ||
19 | Menembak | √ | ||||
20 | Olahraga | √ | √ | √ | √ | √ |
21 | Ping Pong | √ | ||||
22 | Ragbi | √ | √ | |||
23 | Renang | √ | √ | √ | ||
24 | Sepak Takraw | √ | √ | √ | ||
25 | Silat Olahraga | √ | ||||
26 | Skuasy | √ | ||||
27 | Taekwando | √ | ||||
28 | Terjun | √ | √ | |||
29 | Tinju | √ | ||||
30 | Wusyu | √ | ||||
JUMLAH | 23 | 7 | 6 | 8 | 14 |
Calon lepasan SPM boleh memohon ke SSM pada bulan Mac hingga April dan dilaksanakan hanya 1 (satu) kali setahun iaitu untuk Ambilan Julai melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia https://prau.moe.gov.my
Syarat Umum :
Syarat Khas :
Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran berikut;
Sekurang-kurangnya mendapat lulus dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran berikut;
Sekurang-kurangnya mendapat lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran berikut;
Hits : 364000