Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Sekolah Seni Malaysia

PENGENALAN

Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)

Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Falsafah Sekolah Seni Malaysia

Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

MISI

  • Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
  • Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
  • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

OBJEKTIF

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.
Terdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 & 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

PENGAMBILAN MURID

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.
Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sebarang maklumat lanjut sila layari https://essem.moe.gov.my.

SENARAI SEKOLAH

johor Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ),
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam, 
81750, Masai,
Johor Darul Takzim.
Tel. : 07-3870215
Faks : 07-3860215
Emel : jea1091@moe.gov.my
sarawak Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah, 
93050 Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : ssemks@gmail.com
kl Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL),
Jalan Seladang Off Jalan Pasar,
55100, Kuala Lumpur,
Emel : wea0258@moe.gov.my
perak Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP),
Kampung Baharu, Simpang Jalong,
31100, Sg. Siput (U),
Perak.
Tel : 05-5951350
Faks : 05-5951351
Emel : AEA4087@moe.gov.my
sabah Program Pendidikan Seni,
SMK Elopura,
Peti Surat 1091, 
90712, Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : pentadbir@smkelopura.my

Hits : 180242