Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

 

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

 

JENIS BANTUAN:  Bantuan Khusus

 

PENGENALAN :

  1. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1979. Program ini bertujuan memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan kepada murid sekolah rendah terutamanya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
  2. Setiap murid yang menerima manfaat ini juga dibekalkan dengan sekotak susu sebagai diet tambahan.
  3. Bekalan makanan bagi program RMT diberikan kepada penerima RMT pada setiap hari persekolahan dengan jumlah hari maksima sebanyak 190 hari setahun.
  4. Menu RMT ditetapkan oleh KPM dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak sekolah boleh memilih menu RMT daripada 20 menu yang ditetapkan.
  5. Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu sebelum ini.

 

KADAR :

  1. Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid/hari.
  2. Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid/hari.

 

PEMILIHAN/ KRITERIA KELAYAKAN :

  1. Murid  warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
  2. Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau
  3. Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
  4. iv. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  5. Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.

 

KAEDAH PENYALURAN/ AGIHAN :

Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN/Bahagian.

 

PUNCA KUASA :

Surat Pekeliling Kewangan BT 19 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah Rendah

 

Hits : 77831