Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Membaca Membentuk Jiwa Merdeka

Program Membaca Membentuk Jiwa Merdeka

 

13 Ogos 2024 | Selasa

 

Baru-baru ini Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) bersama-sama Edu.caring Team, Surau At-Taqwa, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JPWPKL telah menyantuni golongan gelandangan menerusi penganjuran program Membaca Membentuk Jiwa Merdeka.

 

Program outreach yang diketuai oleh Pengarah JPWPKL, Tuan Haji Roslan Abu Hassan ini bertujuan untuk memperkasa golongan gelandangan dan pada masa yang sama membantu meningkatkan akses kepada pendidikan asas seperti membaca, menulis dan mengira.

 

Anak-anak yang menyertai program ini telah diperkenalkan kepada asas Iqra serta diasuh kemahiran membaca dan menulis.

 

Semoga usaha ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk bersama-sama menggembleng usaha memastikan akses pendidikan sampai kepada semua murid tanpa mengira latar belakang atau di mana sahaja mereka berada.

 

Pendidikan manusiawi memastikan tiada siapa yang terpinggir.

 

📷 Tuan Haji Roslan Abu Hassan

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 129