Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Kesihatan Di Sekolah

Pengenalan :-
KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.

Taarifan

  1. Kebersihan : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
  2. Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
  3. Keselamatan: Suasana yang selamat di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

Skop dan Bidang Tugas :-

  1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan iaitu;
    • Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah
    • Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi berkaitan
    • Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah
    • Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan
    • Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
    • Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan perjanjian/kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.
  2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.
  3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah;
    • Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.
    • Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan
  4. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.
  5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan
  6. Menyediakan laporan secara berkala.

Cadangan Pelaksanaan Aktiviti

  1. Melaksanakan program kebersihan;
    • Program Penjagaan Gigi dan Mulut
    • Program Bebas Kutu
    • Program Cuci Tangan
    • Program Penjagaan Kuku
    • Program Kemas Diri
    • Program Membasmi Kudis Buta
  2. Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;
    • Pertandingan Kebersihan
    • Petandingan landskap
    • Pertandingan Kantin
    • Pertandingan Angkat Kelas
    • Pertandingan Melukis dan Mewarna
    • Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
    • Pameran
  3. Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut keceriaan dan sekolah kawasan Larangan Merokok.

Hits : 60289