Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Jelajah Masjid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024

Program Jelajah Masjid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024

 

15 Mac 2024 | Jumaat

 

Telah berlangsung Program Jelajah Masjid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 dengan kerjasama Salam HD di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya pada Jumaat.

 

Pelbagai acara telah dilangsungkan seperti tazkirah oleh barisan penceramah terkemuka, penyediaan bubur lambuk dan reruai Modul Penghayatan Hadis 40.

 

Kemuncak program adalah acara agihan bubur lambuk yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek kepada warga KPM dan komuniti setempat.

Semoga pengisian Program Jelajah Masjid dapat membantu meningkatkan amal ibadah dalam bulan yang mulia ini.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 251