Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Salah Laku Buli & Seksual Di SMK Gunung Rapat, Perak & SMK Putrajaya Presint 9(1), Putrajaya.

Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Salah Laku Buli & Seksual Di SMK Gunung Rapat, Perak & SMK Putrajaya Presint 9(1), Putrajaya.

 

30 Disember 2024 | Isnin

 

Pagi ini telah berlangsung Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual bertempat di SMK Gunung Rapat, Perak dan di SMK Putrajaya Presint 9(1), Putrajaya.

 

Acara yang berlangsung di SMK Gunung Rapat telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, manakala acara di SMK Putrajaya Presint 9(1) pula telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (Perancangan dan Pembangunan), YBhg Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim.

 

Dalam ucapan perasmian beliau, YB Timbalan Menteri Pendidikan telah memberi penekanan kepada uaaha untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran seluruh masyarakat terhadap isu salah laku buli dan seksual di semua institusi pendidikan. Menurut beliau, tindakan tegas perlu diambil bagi menangani kedua-dua salah laku ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan inklusif untuk semua.

 

Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual melibatkan semua institusi pendidikan KPM di seluruh negara dengan sasaran seramai lima juta orang murid.

Hits : 1376