Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Bicara Profesional Dialog Kepimpinan MADANI Bersama-sama Dengan Menteri Pendidikan

Program Bicara Profesional Dialog Kepimpinan MADANI Bersama-sama Dengan Menteri Pendidikan

 

05 Februari 2025 | Rabu

 

Telah berlangsung pada hari ini program Bicara Profesional Dialog Kepimpinan MADANI bersama-sama dengan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

 

Program bicara profesional ini telah dihadiri oleh lebih 300 orang peserta yang terdiri daripada pengetua dan guru penolong kanan sekolah berasrama penuh (SBP) seluruh negara serta pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan (KPM).

 

Menerusi perkongsian beliau, YB Menteri Pendidikan telah menekankan mengenai kepentingan memupuk kepimpinan strategik yang mampu menangani situasi krisis dan meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan.

 

YB Fadhlina Sidek turut mengingatkan kepimpinan di semua institusi pendidikan KPM untuk tidak berkompromi dengan salah laku buli dan gangguan seksual. Ia perlu ditangani dengan cekap berdasarkan kepada garis panduan yang telah disediakan bagi menjamin kesejahteraan serta keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan.

 

Turut hadir bersama-sama dalam program ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), YBrs Dr Rusmini Ku Ahmad, Pengarah Institut Aminuddin Baki, YBrs Encik Ab Aziz bin Mamat, Timbalan Pengarah (Perancangan dan Penyelidikan), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, YBrs Encik Noor Azizan bin Abd Hadi serta pegawai-pegawai kanan KPM.

Hits : 973