Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

POLITEKNIK

Politeknik juga menawarkan mod sambilan di beberapa buah politeknik di bawah inisiatif PSH iaitu Kursus Secara Sambilan (KSS) dan Reskilling & Upskilling (R&U). Program KSS dijalankan selepas waktu pejabat terutama pada hujung minggu. Majoriti pelajar KSS adalah orang dewasa yang bekerja dengan tujuan memperoleh kelayakan akademik di peringkat diploma. Pengajaran kurikulum, pendekatan pembelajaran dan penilaian adalah sama dengan program sepenuh masa. Perbezaan hanya terdapat dalam mod pelaksanaan. Program R&U adalah untuk peningkatan kemahiran bagi memperoleh kemahiran baharu.

Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik kepada pekerja industri, meningkatkan produktiviti syarikat, memupuk jalinan industri-akademia yang lebih kukuh, membantu menjana pendapatan tinggi dan membangunkan bakat (talent development).

KUMPULAN SASARAN

Kalangan industri, komuniti, agensi kerajaan, badan berkanun dan agensi berkaitan kerajaan (GLC).

KOLEJ KOMUNITI

Kolej komuniti merupakan hab PSH di negara ini (KPT, 2007). Kolej komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mula membudayakan PSH disamping menyediakan pendidikan dan latihan melalui program secara sepenuh masa sejak tahun 2001. Kolej komuniti menyediakan pelbagai bentuk program yang berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di peringkat sijil dan diploma. Sehingga kini terdapat 93 buah kolej komuniti di seluruh negara.

Bertujuan untuk membantu membangunkan potensi diri kumpulan sasar iaitu komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang dilaksanakan di kolej komuniti telah menyumbang kepada pengurangan jurang tenaga kerja mahir yang dihadapi oleh industri melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini bercirikan program terlanggan (customised programme) iaitu dilaksanakan dengan lebih fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi lndustri 4.0.

KUMPULAN SASARAN

Golongan miskin tegar, orang asli, OKU, ibu tunggal, belia dan warga emas/pesara dengan ilmu kemahiran hidup dan teknikal serta keusahawanan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI BAWAH PSH POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

  • Kursus Secara Sambilan (KSS)
  • Reskilling & Upskilling (R&U)
  • Kursus Pendek dan Terlanggan
  • Diploma Eksekutif yang telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Qualification Agency (MQA)
  • Diploma Profesional, Pensijilan Profesional
  • Pensijilan Kompetensi dan Pensijilan lndustri
  • Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
  • PSH Bermodul

Maklumat ringkas mengenai program-program PSH yang ditawarkan di Politeknik

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) Politeknik bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik kepada pekerja industri, meningkatkan produktiviti syarikat, memupuk jalinan industri-akademia yang lebih kuku, membantu menjana pendapatan tinggi dan membangunkan bakat (talent development)

KUMPULAN SASARAN

Kalangan industri, komuniti, agensi kerajaan, badan berkanun dan agensi berkaitan kerajaan (GLC)

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI BAWAH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH):

  1. Kursus Secara Sambilan (KSS)
  2. Reskilling dan Upskilling (R&U)
  3. Kursus Pendek dan Terlanggan
  4. Diploma Eksekutif yang telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Qualification Agency (MQA)
  5. Diploma Profesional, Pensijilan Profesional
  6. Pensijilan Kompetensi dan Pensijilan Industri
  7. Tahfiz – Kemahiran TVET

Hits : 13055