YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI PERTANDINGAN “E-LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT ON WOMEN'S EMPOWERMENT”
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan untuk pertandingan “E- Learning Materials on Women's Empowerment” yang memberi fokus kepada Women's Empowerment in Sustainable Development telah dibuka. Pertandingan ini merupakan anjuran The International Transnational Education Association (ITEA) dengan kerjasama SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs (SEAMEO SEN).
3. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penciptaan bahan e-pembelajaran inovatif yang menggalakkan kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita sebagai key player, terutamanya dalam pembangunan mampan.
4. Para peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://forms.gle/BCCK4FqfJq6iuiT98 sebelum atau pada 6 September 2024. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, para peserta boleh menghubungi Puan Siti Nurkhaleeda di talian +6018-4726008 atau Encik Wai Chuan di talian +6018-3166080. Bersama-sama ini, dilampirkan sesalinan poster dan nota konsep mengenai pertandingan ini untuk perhatian dan rujukan permohonan.
Sekian, terima kasih.
Muat Turun Lampiran
Hits : 1611