Permohonan Program Duta Guru (PDG) Kohort 6 Dibuka Kembali!
Anda terlepas peluang untuk menghantar Borang Permohonan tempoh hari? Rebut peluang terakhir anda untuk menyertai PDG sebagai peserta Kohort 6!
Kami masih mencari guru sekolah menengah (guru menengah rendah dan/atau menengah atas) yang mengajar subjek bidang STEM dan/atau Geografi.
Ayuh daftar sebagai peserta Kohort 6 PDG sebelum 30 September 2024 (Isnin), 11:59 malam melalui pautan berikut:
Untuk makluman lanjut berkaitan PDG, sila layari Pek Maklumat di bawah:
Bagi mendapatkan maklumat langsung serta pengumuman penting dari pihak pelaksana program, sila sertai Kumpulan Telegram menerusi pautan di bawah:
Sila kemukakan sebarang soalan menerusi emel recruitment_pdg@teachformalaysia.org.
Sertai Program Duta Guru untuk menyerlahkan potensi anda sebagai pendidik.
Guru menghadapi cabaran setiap hari terutama dalam era digital dan teknologi serta perubahan dalam silibus pendidikan. Walau bagaimanapun, setiap halangan memberikan guru peluang untuk menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam mengajar.
Kami percaya pendidik tempatan mempunyai potensi dan komited untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.
Atasi cabaran mendidik bersama rakan seperjuangan!
Semua guru, tidak kira sama ada mereka berada di bandar atau luar bandar, menghadapi cabaran untuk mencipta pendekatan pengajaran terbaik. Kadang-kadang, guru terpaksa mengatasi kesukaran ini secara peribadi.
Dengan menggunakan platform Program Duta Guru (PDG), anda mempunyai peluang untuk berinteraksi dan berkongsi idea dengan lebih 1,000 guru STEM dari setiap negeri Malaysia. Tambahan pula, program ini disokong oleh 194 Pembimbing PDG yang terdiri daripada pegawai SISC+ di daerah anda.
Program PDG, yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan PETRONAS bertujuan untuk membentuk seramai 4,500 guru yang berkualiti tinggi dan komited untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.
#ProgramDutaGuru #YayasanPETRONAS #SDG5 #PETRONAS #PassionateAboutProgress
Teroka pendekatan berbeza dalam PdP bersama Program Duta Guru.
Guru adalah kunci kepada kemenjadian murid. Dengan pendekatan yang efektif, seorang guru bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi akademik murid tetapi juga mengembangkan aspek modal insan yang lain.
Dalam Program Duta Guru (PDG), anda mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan lebih 1,000 guru STEM dari setiap negeri Malaysia untuk berkongsi idea. Selain itu, terdapat 194 Pembimbing PDG yang terdiri daripada pegawai SISC+ di daerah anda yang menyokong pembangunan ini.
Program PDG yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan PETRONAS bertujuan untuk melahirkan seramai 4,500 guru yang berwibawa dan komited dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.
#ProgramDutaGuru #YayasanPETRONAS #SDG5 #PETRONAS #PassionateAboutProgress
Bawa budaya STEM ke luar bilik darjah bersama Program Duta Guru
Untuk membina negara maju, STEM mesti dibudayakan dalam kalangan murid dan pendidik. Sebagai pendidik, anda mempunyai keupayaan untuk mengembangkan kesan yang telah disampaikan di dalam bilik darjah ke peringkat daerah, negeri dan antarabangsa.
Dalam Program Duta Guru (PDG), anda mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan lebih 1,000 guru STEM dari setiap negeri Malaysia untuk berkongsi idea. Selain itu, anda disokong oleh 194 Pembimbing PDG yang terdiri daripada pegawai SISC+ di daerah anda.
Program Duta Guru (PDG) adalah sebuah program pembangunan profesionalisme guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan PETRONAS yang bertujuan untuk membentuk seramai 4,500 orang guru teladan yang kompeten dan komited untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.
#ProgramDutaGuru #YayasanPETRONAS #SDG5 #PETRONAS #PassionateAboutProgress
Hits : 24121