Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan/Penggantian Sijil STPM/MUET

Permohonan Sijil STPM

1. Calon sekolah hendaklah mengambil sijil STPM mereka dari sekolah masing-masing, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dari Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Calon diberi tempoh masa 12 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan untuk mengambil sijil. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan hendaklah disertai salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada), salinan kad pengenalan dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM.

3. Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.

(a) Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga.  Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis  Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM/Ujian MUET.

(b) Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.

4. Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:

(a)

Surat atau borang permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luar negara yang dipohon.

Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon transkrip sijil STPM.

(b)

 Bayaran perkhidmatan RM50.00 bagi setiap satu transkrip.

(c)

 Salinan slip keputusan atau salinan sijil STPM.

5. Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.

 

 Kehilangan Slip Keputusan MUET

1. Calon yang kehilangan Slip Keputusan MUET/Sijil MUET boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET atau Penyata Keputusan MUET yang sah. 

2. Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang yang boleh memohon Salinan Sijil MUET. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00.

3. Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM20.00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga).

4. Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.

Hits : 95552