Permohonan/Penggantian Sijil Matrikulasi KPM
1. Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
- Semua pelajar yang telah tamat pengajian Program Matrikulasi KPM mulai sesi 1999/2000 layak untuk memohon Sijil Matrikulasi KPM.
2. Adakah pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 perlu memohon Sijil Matrikulasi KPM?
- Tidak perlu. Pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/2017 dan seterusnya akan diberi Sijil Matrikulasi KPM tanpa perlu membuat permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM.
3. Apakah syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM?
- Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
- Mengambil sekurang-kurangnya tiga kursus teras yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
- Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan
- Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Bagaimanakah saya hendak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
5. Bilakah tarikh tutup permohonan Sijil Matrikulasi KPM?
- Tiada tarikh tutup dan permohonan dibuka sepanjang tahun.
6. Apakah alamat emel yang boleh digunakan untuk menghantar borang permohonan saya?
7. Berapa lamakah masa untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM selepas membuat permohonan?
- 14 hari bekerja selepas borang permohonan diterima oleh Bahagian Matrikulasi.
8. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi untuk sebarang pertanyaan berkaitan Sijil Matrikulasi KPM?
- Bahagian Matrikulasi boleh dihubungi di talian 03 – 8884 4083.
9. Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan Sijil Matrikulasi KPM?
Caj bayaran yang dikenakan adalah mengikut jenis permohonan seperti yang berikut:
- Tiada dikenakan bayaran bagi permohonan kali pertama Sijil Matrikulasi KPM bagi lepasan Program Matrikulasi KPM Sesi 2015/2016 dan sebelumnya; dan
- Bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi permohonan penggantian Sijil Matrikulasi KPM yang hilang/ rosak.
Hits : 76313