Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Fasa 2 Sesi 2024/2025

Program Matrikulasi KPM Fasa 2

 

Dimaklumkan bahawa permohonan Fasa 2 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM sesi 2024/2025 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 dibuka bermula 27 hingga 31 Mei 2024.

 

Permohonan Fasa 2 ini terbuka kepada pelajar yang belum membuat permohonan Fasa 1  pada 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024. Selain itu, pelajar yang telah membuat permohonan Fasa 1 boleh mengemas kini permohonan masing-masing.


Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2023 diumumkan.

Hits : 55153