UNIVERSITI AWAM
1. Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
2. Kelayakan
- Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
Dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau
Matrikulasi / Asasi
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
Dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.
Permohonan
1. Bagaimana permohonan kemasukan ke Universiti Awam boleh dikemukakan?
2. Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk mengemukakan permohonan?
- Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Januari/ Februari setiap tahun. Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan
3. Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No. Unik ID?
- No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan MyKad untuk membeli No. Unik ID. Harga No. Unik ID adalah RM15.65 (termasuk GST). Kos GST dikenakan oleh BSN.
4. Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?
- Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX
5. Bolehkah saya akses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?
- Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini anda tidak perlu masukkan No. Unik ID.
- Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk dapatkan maklumat seperti berikut sebelum mengemukakan permohonan
- Manual Pengguna UPUOnline
- e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan
- Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan
6. Bolehkah saya mohon UPUOnline sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM lagi?
- Boleh. Anda sememangnya digalakkan untuk memohon UPUOnline lebih awal bagi memastikan anda faham bagaimana untuk menggunakan UPUOnline. Anda boleh memilih program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang yang diminati.
- Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan.
- Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon UPUOnline lebih awal.
7. Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?
- Dalam e-Panduan, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info
8. Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?
- Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.
9. Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?
- Pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BPKP JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Seni & Kokurikulum KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat.
- Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu upload beberapa dokumen penting dalam Sistem UPUOnline
10. Saya merupakan calon STPM dan berminat memohon ke USM dan UM. Adakah saya mohon terus kepada USM dan UM atau memohon melalui UPUOnline?
- Mulai Sesi Akademik 2017/2018, anda perlu memohon melalui UPUOnline jika berminat untuk mengikuti program pengajian di USM dan UM.
UPU Online
1. Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPUOnline?
- Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran Peperiksaan dalam UPUOnline.
2. Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
- Ya, anda masih boleh kemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3. BPKP JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.
3. Saya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline. Bagaimana cara untuk saya mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline dan adakah setiap kali saya kemaskini permohonan saya juga perlu mencetak Slip tersebut?
- Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip Permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.
4. Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?
- Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan. Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau ada gangguan internet semasa mengemukakan permohonan.
- Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan. Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan dengan maklumat permohonan.
5. Bagaimana saya perlu membuat pilihan program pengajian? Senarai program pengajian yang ada terlalu banyak.
- Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang layak sahaja.
- Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.
Hits : 331629