Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan/Kelayakan Permohonan PERMATA

I. PERMATA Negara

Apakah syarat kelayakan memohon PERMATA Negara?

1. Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki program PERMATA Negara.

  • Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.
  • Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi kawasan luar bandar.
  • Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
  • Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
  • Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar.
  • Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil

II. PERMATApintar

Apakah syarat kelayakan memohon PERMATApintar?

  • Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej PERMATApintar Negara, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus  ujian UKM3. Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej PERMATApintar Negara.
 Carta Alir Kemasukan Ke Kolej PERMATApintar

 III. PERMATA SENI

 1. Syarat-Syarat Penyertaan PERMATA Seni Koir

  • Berusia 12 tahun ke bawah
  • Mempunyai bakat dalam bidang seni suara
  • Keutamaan bagi yang boleh membaca nota muzik
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai keyakinan diri
  • Boleh membuat pergerakan (tarian)
  • Baik dalam pencapaian akademik

 2. Syarat-Syarat Penyertaan PERMATA Seni Muzik

  • Keutamaan diberikan kepada ahli muzik kanak-kanak yang bermain alat muzik strings (violin/viola/cello) dan piano serta alat muzik kumpulan woodwind (flute/piccolo/clarinet). Minimum Grade 5 ABRSM atau setaraf atau lebih tinggi bagi alat muzik yang dimainkan.
  • Pemilihan untuk menyertai program ini akan dibuat melalui sesi uji bakat yang dikendalikan oleh pihak Istana Budaya bersama pakar muzik terkemuka negara pada setiap awal tahun.

 3. Syarat-Syarat Penyertaan PERMATA Seni Tari

  • Berusia 7 hingga 10 tahun
  • Ketinggian antara 3 kaki hingga 3.5 kaki
  • Berat tidak melebihi 35 kg
  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan cemerlang dalam bidang tari tradisional dan kontemporari
  • Baik dalam pencapaian akademik

IV. PERMATA INSAN

ke2

Saluran Kedua

Saluran Kedua

V. PERMATA KURNIA

Apakah syarat kelayakan memohon PERMATA KURNIA?

  • Berumur di antara 2 hingga 6 tahun.
  • Telah didiagnosis oleh panel pakar-pakar yang ditetapkan oleh PERMATA Kurnia.
  • Ibu bapa juga bersetuju untuk mematuhi peraturan-peraturan.

 

 

 

 

Hits : 79272