Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Perlindungan Data Peribadi

Objektif

Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan.

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

  1. Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain
  2. Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan
  3. Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.
  4. Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.
  5. Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan
  6. Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.
  7. Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu apabila Akta ini telah berkuatkuasa:- 

  1. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
  2. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan boleh dijalankan;
  3. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan

Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:- 

  1. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;
  2. Menerangkan sebab kebimbangan anda;
  3. Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;
  4. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

Untuk Maklumat Lanjut, Layari http://www.pdp.gov.my/index.php/my/

Hits : 59842