Inisiatif Swasta :Kementerian Pendidikan telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya dalam bidang ICT sejak tahun 2000. Ia bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Usaha KPM mewujudkan makmal-makmal komputer di seluruh negara, memperkenalkan subjek ICT dan memperkenalkan Aplikasi Sekolah Bestari pada tahun yang sama turut mendorong minat sektor lain membantu kementerian. Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan khususnya semakin serius apabila kerajaan sendiri menggalakkan perkongsian bersama khsususnya bidang-bidang yang mempunyai kepakaran tinggi. Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah ratusan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat berharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pendidikan Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan. |
Faedah :Pelaksanaan perkongsian pintar boleh menghasilkan faedah-faedah berikut:
|
Garis Panduan :Garis panduan untuk melaksanakan program perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia :
|
Senarai Projek :Di antara projek perkongsian pintar adalah seperti berikut :
|
Hits : 42255