Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

25 Julai 2024 | Khamis

 

Perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Khamis.

 

Dato' Indera Nik Nasarudin antara lain telah menekankan mengenai pelaksanaan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta selari dengan keperluan dunia semasa dan akan datang.

 

KPM turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan aspek kebajikan dan peningkatan kompetensi golongan pendidik untuk memberi semangat baharu kepada guru. Ini

dilakukan termasuk menerusi Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM 2.0).

 

Dato' Indera Nik Nasarudin turut menzahirkan rasa bangga seluruh warga Kementerian atas pelbagai kejayaan yang berjaya diraih guru dan murid di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPM untuk terus cemerlang.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 376