Perasmian Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
23 Mei 2024 | Khamis
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyempurnakan acara perasmian Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis pada Khamis pada Khamis.
Program SDH adalah merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) - (Hospital Pengajar Universiti) untuk memastikan murid yang berada di hospital mendapat akses pendidikan terbaik. Ia dapat membantu mengatasi isu keciciran pembelajaran dalam kalangan murid.
Pada waktu ini terdapat 17 buah SDH di seluruh negara. KPM sentiasa komited memastikan akses pendidikan terbaik dapat diberi kepada semua murid. Agenda Pendidikan Manusiawi memastikan tiada murid yang tercicir.
Hits : 255