Perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan
08 September 2023 | Jumaat
Sekitar acara Perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang membuka tirai pada Jumaat telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh ribuan pengunjung dalam kalangan guru, murid, ibu bapa dan orang ramai.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong penuh usaha rakan strategik korporat, Kumpulan Karangkraf dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menganjurkan karnival ini. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui perkembangan terkini dalam pendidikan, melawat reruai dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik.
Tema karnival 'Memacu Pendidikan Generasi Digital' juga selari dengan usaha KPM yang baru sahaja meluncurkan Dasar Pendidikan Digital Negara.
YB Fadhlina Sidek telah turut berkesempatan mengambil bahagian dalam acara Town Hall Rakyat dan menjawab secara terus pelbagai pertanyaan mengenai pendidikan negara.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari berlangsung dari 8-10 September 2023.
Hits : 419