Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Penyertaan Murid Dalam Sakura Science Exchange Programme 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua puluh lima orang murid, tiga orang guru dan seorang pegawai yang telah mewakili Malaysia ke Sakura Science Exchange Programme pada 25 hingga 2 Jun 2023 di Tokyo, Jepun.

Sakura Science Exchange Programme merupakan program yang dianjurkan oleh Japan Science and Technology Agency dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun. Program ini menjemput murid sekolah menengah daripada 35 buah negara secara berkala untuk lawatan jangka pendek ke Jepun bagi meluaskan pengalaman mereka dalam bidang sains dan teknologi seterusnya menyumbang kepada pembangunan generasi akan datang. Selain itu, penyertaan murid dalam program ini menggalakkan kerjasama dan interaksi berterusan serta mengeratkan hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia. Pihak KPM melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian telah melaksanakan dua fasa penilaian bagi memilih peserta yang akan mewakili KPM dalam program tersebut.

Selama tujuh hari para peserta dibawa meneroka pelbagai lokasi menarik yang bertemakan kemajuan bidang Sains dan Teknologi yang terdapat di negara Jepun. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Universiti Keio,Tokyo dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi yang terkenal di Tokyo seperti Cyberdyne, Mitsubishi Heavy Industrial Museum, Muzium bertemakan masa depan- Miraikan dan JAXA Tsukuba Space Centre. Kesemua tempat-tempat yang dilawati ini memberikan pengetahuan berharga kepada peserta kerana memperoleh input berkaitan perkembangan dunia Sains dan Teknologi serta dapat membuat gambaran tentang keperluan teknologi masa hadapan.

Selain daripada itu, para peserta berpeluang menghadiri kuliah disampaikan oleh Professor Someya, pemenang Nobel Laureate dan saintis terkemuka di Jepun. Dalam sesi kuliah ini, peserta didedahkan dengan bidang robotik dan kecerdasan buatan (Artificial intelligence). Para peserta juga diberi peluang untuk mengalami sendiri pengalaman belajar di sekolah menengah, Jepun bersama-sama murid Makuhari Junior and Senior High School. Di samping melihat pusat kemajuan teknologi, para peserta juga dibawa menikmati keindahan alam di Sankeien Garden yang merupakan sebuah taman bercirikan tradisi Jepun yang terletak di Yokohama.

KPM menyokong usaha untuk meningkatkan jaringan pendidikan antara Jepun dan Malaysia terutamanya dalam pertukaran ilmu berkaitan kemahiran sains dan teknologi. KPM berharap lebih ramai murid dan guru akan berpeluang untuk terlibat dalam program ini pada masa akan datang. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua peserta yang mewakili KPM dalam Sakura Science Exchange Programme!

Sakura Science Exchange Programme 2023

Hits : 368