Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Penyertaan Dalam ICESCO’S Network Of Experts In Social And Human Sciences

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN MENGENAI PENYERTAAN DALAM ICESCO’S NETWORK OF EXPERTS IN SOCIAL AND HUMAN SCIENCES

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai penyertaan di dalam ICESCO’s Network of Experts in Social and Human Sciences yang telah dibangunkan oleh Human and Social Sciences Sector, ICESCO. Rangkaian ini diwujudkan dengan berpandukan kepada visi ICESCO iaitu fokus kepada gerakan dan amalan sains berorientasikan rakyat dan transformatif bagi penggubalan dasar. Maklumat lanjut mengenai rangkaian ini boleh dirujuk melalui pautan: https://we.tl/t-wAHRxqdh1d.

 

3.         Tujuan utama rangkaian ini adalah sebagai satu platfom untuk dialog dan kerjasama antara ahli-ahli akademik, pembuat keputusan dan pemimpin masyarakat sivil. Rangkaian ini akan mewujudkan satu rangka kerja intersektoral yang kekal untuk penyelidik menyumbang kepada pemantauan dan pemahaman transformasi sosial di negara anggota ICESCO. Ia juga akan membangunkan dan melaksanakan dasar awam yang berkesan berdasarkan pandangan jauh dan bukti saintifik. Rangkaian ini terbuka kepada semua pihak yang berminat dengan visi dan objektifnya. Rangkaian ini terbuka kepada entiti-entiti seperti berikut:

 

(i)            Ahli-ahli akademik dan penyelidik;

(ii)          ejen awam dan pembuat keputusan;

(iii)         pemimpin organisasi masyarakat sivil; 

(iv)         universiti dan institusi pendidikan tinggi;

(v)          pusat/institusi penyelidikan;

(vi)         persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan;

(vii)        pemilik ICESCO Chairs; dan

(viii)       pakar-pakar bidang sains manusia dan sosial.

 

4.         Dalam hal ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan  direktori ahli rangkaian ini yang berterusan, ICESCO memohon semua negara ICESCO termasuk Malaysia untuk memberikan sokongan dengan menyebarluas kewujudan dan menyertai rangkaian ini. Sesalinan strategi rangkaian ini adalah seperti di Lampiran.

 

5.         Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh menyertai rangkaian ini dengan mengemukakan surat rasmi dan maklumat institusi kepada pihak ICESCO melalui alamat emel scecgcs@icesco.org sebelum atau pada 31 Ogos 2024 (Sabtu). Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai rangkaian ini boleh dikemukakan kepada pihak ICESCO melalui alamat emel yang sama seperti di atas.

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 140