Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Pulau Pinang Dan Kedah

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Pulau Pinang Dan Kedah

 

03 & 04 Februari 2024 | Sabtu & Ahad

 

Sekitar penganjuran Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat negeri Pulau Pinang dan Kedah yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

 

Sebanyak RM30,960,900 juta telah diperuntukkan untuk negeri Pulau Pinang, melibatkan 206,406 orang murid di 394 buah sekolah.

 

Manakala di Kedah, sejumlah RM45,396,000 diperuntukkan untuk manfaat 302,640 orang murid di 750 buah sekolah.

 

Selain BAP, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan untuk membantu murid-murid. Ini termasuk Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) untuk semua murid prasekolah KPM dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

 

Pada tahun 2024, KPM turut memperluaskan inisiatif Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).

 

Kesemua bantuan ini menggambarkan keprihatinan KPM untuk mengatasi isu kemiskinan multidimensi dan dalam masa yang sama menoktahkan keciciran dalam kalangan murid.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 698