Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Perak
01 Februari 2024 | Khamis
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah menyampaikan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi negeri Perak berjumlah RM48,774,300 dalam majlis yang dilangsungkan di SMJK Yuk Choy, Ipoh, Perak pada hari ini.
Sumbangan BAP sebanyak RM150 bagi setiap murid ini memberi manfaat kepada 325,162 orang murid dari 1,104 buah sekolah di seluruh negeri Perak.
Penyaluran BAP kepada murid sedang berjalan lancar di seluruh negara seperti yang dirancang. Ia bertujuan mengurangkan beban persediaan persekolahan sesi baru yang bakal menjelang.
Semoga sumbangan BAP dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua murid.
Hits : 398