Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Seperti Berikut: PPP Gred DG41 Bagi PISMP Tahun 2024

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

 

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 2024

 

Dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah.

 

Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada Ogos 2024) dan DIPERAKUKAN LANTIKAN KONTRAK (INTERIM) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

 

Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.

 

Untuk makluman, tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan di eGraduan kelak. Hanya calon yang melepasi saringan kesihatan akan diberi penempatan.

 

3.        Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.


E-mel: egraduan@moe.gov.my

Telefon: 03-8884 7779 / 03-8872 1446/ 03-8884 7145

Terima kasih.

Nota: Calon diwajibkan untuk memuat naik Surat Pengesahan Tamat Pengajian bagi tujuan verifikasi. (Transkrip tidak perlu dimuat naik)


3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

Tarikh mula pengemaskinian: 14/08/2024
Tarikh akhir pengemaskinian : 26/08/2024

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Hits : 1111