Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Dimohon untuk memasukan hebahan berkaitan pengemaskinian maklumat calon guru baharu di ruangan pengumuman seperti ketetapan berikut;
 
PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELIBATKAN PROGRAM SEPERTI BERIKUT:

1. PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA MANDARIN

2. PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA ARAB/PENGAJIAN ISLAM

3. PROGRAM BERKEMBAR BAHASA PERANCIS

4. PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA JEPUN, KOREA DAN JERMAN

5. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

6. SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS

7. SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI

8. IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) TAJAAN KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada 17 April 2023) dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP DAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: egraduan@moe.gov.my
Telefon: 03-8872 1446

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi


3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

Tarikh mula pengemaskinian: 06/05/2023
Tarikh akhir pengemaskinian : 11/05/2023

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Hits : 303