YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN MENGENAI PENGANJURAN EKSPO KANAK-KANAK 2024 DI DOHA, QATAR
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Kementerian ini melalui Kementerian Luar Negeri telah menerima satu Nota Diplomatik Rujukan QEK/205/2024 bertarikh 15 Mei 2024 daripada Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur mengenai penganjuran Ekspo Kanak-Kanak 2024 di Doha, Qatar yang akan diadakan dari 20 hingga 23 November 2024.
3. Bersama-sama ini dikemukakan salinan Nota Diplomatik tersebut dan maklumat lanjut ekspo berkenaan untuk perhatian pihak tuan/puan yang sewajarnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi pihak penganjur Encik Eizeldin Abdulrahman (Bahasa Inggeris dan Arab) melalui emel eizeldin@alsharqmedia.com.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 981