Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pendidikan Teknik dan Vokasional

1. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik ?

Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my setelah iklan disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih.

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
  • Aliran Teknikal - Sekolah Menengah Teknik
  • Program Kemahiran / Apprenticeshipdi KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

3. Adakah calon Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS dikehendaki mengisi 4 komponen PBS dalam permohonan atas talian ?

Calon hanya dikehendaki mengisi butiran berikut :

  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani  Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Manakala, keputusan Pentaksiran Pusat (PT3) tidak perlu diisi butirannya dan akan terus diperolehi daripada Lembaga Peperiksaan (LP) KPM.

4. Bagaimanakah pemilihan kemasukan ke KV / SMT dijalankan?

  • Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM)
  • Berikut merupakan syarat umum kemasukan murid iaitu :
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasa yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
  • Calon bebas daripada masalah mental; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon

        *syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa

5. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya tidak berjaya ditawarkan?

Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan sepanjang tempoh rayuan / walk-in

Hits : 87559