Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pencapaian Murid Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Youth International Science Fair (YISF) 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Pencapaian Murid Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Youth International Science Fair  (YISF) 2023

Dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima jemputan daripada Indonesia Young Scientist Association (IYSA), Indonesia untuk menyertai Youth International Science Fair (YISF) 2023 pada 08 hingga 12 Mac 2023 di Universitas PGRI Mahadewa Bali, Indonesia. Justeru, Bahagian ini telah menghantar penyertaan 28 orang murid, tiga (3) orang guru pembimbing dan seorang pegawai ke pertandingan tersebut.

28 orang murid yang ditawarkan menyertai YISF 2023 merupakan peserta yang mendapat pencapaian cemerlang dalam Karnival STEM Peringkat Kebangsaan Kali-6 Tahun 2022, anjuran KPM yang dilaksanakan pada 6 -10 November 2022 di Johor Bahru, Johor. YISF 2023 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh IYSA. Selain itu, SMK Ghafar Baba, Melaka juga menyertai pertandingan ini melalui pembiayaan sendiri dengan penyertaan 2 orang guru pembimbing dan 12 murid. Sebanyak 673 projek daripada 33 buah negara telah menyertai YISF 2023 kali ini secara dalam talian dan bersemuka.

Secara keseluruhan, pasukan Malaysia telah memenangi empat (4) pingat emas, empat (4) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa. Selain itu, pasukan Malaysia juga memenangi dua (2) anugerah khas dan satu anugerah “Grand Award’’. Senarai lengkap pemenang adalah seperti dalam Lampiran 1 (111 KB) .

 

1.0 2.0

3.0 4.0

5.0 6.0

7.0 8.0

8.0 10.0

Hits : 382