Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 akan dibuka pada 23 Disember 2022 (Jumaat) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/CBBP TB/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
Sekian, Terima kasih.
Hits : 11149