Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pelawaan Untuk Penyertaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dalam Laluan PdP Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) 2024

UNESCO Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) bagi pihak Kementerian Pendidikan Korea (MOE Korea) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) akan menganjurkan Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) bagi tahun 2024.

 

Justeru, BPG mempelawa pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi program tersebut berdasarkan bidang yang berikut:

 

1. Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani, subjek dalam bidang Sains Sosial dan Muzik

 

2. Sekolah Menengah: Bahasa Inggeris dan subjek dalam bidang Sains Sosial

 

Selain daripada aktiviti PdP dalam bilik darjah, peserta juga diwajibkan untuk melaksanakan projek individu berasaskan Global Citizenship Education (GCED), pelaporan dan aktiviti lain mengikut keperluan sekolah tuan rumah seperti kelas asas Bahasa Malaysia dan pengenalan kepada budaya Malaysia.

 

PPP yang berminat dan berkelayakan perlu melengkapkan Borang Permohonan dan lampiran berkaitan yang disediakan secara dalam talian pada pautan https://bit.ly/MohonKOMTEP2024 ke e-mel bpg.ukhap@moe.gov.my dengan subjek “PERMOHONAN KOMTEP 2024” selewat-lewatnya pada 28 Jun 2024 (Jumaat).

 

Pemohon boleh menghubungi talian 03-8884-1118 / 1080 atau e-mel bpg.ukhap@moe.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

Bahagian Profesionalisme Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jun 2024

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 2172